Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Monday, September 25, 2006

ISLAMIC FUN BOOK SERIES


Ha... ni ada satu set buku aktiviti yang sangat sesuai untuk anak-anak 7 - 10 tahun. Bukunya memang BEST, saya selalu jugak 'copy' isi kat dalam untuk buat aktiviti dengan kanak-kanak semasa Sesi Read-Aloud. Kat dalamnya ada cerita, puzzle, wordsearch, maze dan baaaaaayak lagi.
Di bulan Ramadhan ni elok kalau kita isikan masa anak-anak dengan aktiviti menggunakan buku-buku ini terutama buku 'My Ramadan Fun Book'.

Harga satu buah: RM9.90
Harga satu set: RM45.00

Amacam? Murah saja kan. Bolehlah... demi anak-anak kita. Haa... kalau terasa nak beli tu, tel saya 019-9403659 atau email je ke sales@maribaca.com

Wassalam.
Niza

Sunday, September 24, 2006

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Hari saya nak ucapkan Selamat Berpuasa Ramadhan kepada semua pengunjung semoga kita sama-sama meningkatkan amal ibadat yang telah sekian lama berkurang. Dan semoga di bulan yang mulia ini, diri kita akan lebih kuat untuk berjuang memikul beban dakwah di damping tidak lupa membaca dan mendidik anak-anak dengan jiwa yang cintakan ilmu. Sama-samalah kita membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dengan mengadakan majlis tadarrus bersama orang yang kita sayangi atau kawan-kawan yang kita dampingi.

Selamat semua!

Saturday, September 16, 2006

SIRI PENDIDIKAN ISLAM


INILAH SET PALING LARIS SEMASA PESTA BUKU & KOMPUTER PANTAI TIMUR baru-baru ini di gerai MariBaca.

Cuba tengok gambar tu. Meriahkan! Sebenarnya Set Hadiah SIRI PENDIDIKAN ISLAM ni adalah produk terbaru keluaran Sun Publications, Kajang dan MariBaca mendapat hak untuk promosi yang pertama sebelum sempat ia dilancarkan secara rasmi.

Haa... ni sedikit info tentang SPI ni.

Kategori: Set Hadiah
Harga: RM60.00
Kandungan: 1 buah buku lirik nasyid, 3 buah buku cerita (semua saiz A4), 1 VCD nasyid asas Islam, 3 VCD cerita teladan dan 2 buah buku bonus (buku kerja Bahasa Arab & buku kerja Jawi)

lagu-lagu nasyid tu sebelum ni dijual berasingan dan memang termasuk dalam 'bestseller' MariBaca setiap bulan. Manakala yang cerita teladan tu , saya dah tengok dengan anak-anak buah, memang menarik sekali, ada moral selepas habis sesatu cerita. BANYAK CERITA dalam satu VCD. Budak-budak di rumah suka sangat dengan irama dan senikata lagu-lagu nasyid, saya pun dapat hafal beberapa sebab MEMANG SEDAP DIDENGAR!.

Pelanggan yang beli pun kebanyakannya berpuas hati dengan kualiti produk ini.

Belilah satu untuk anak-anak...

Mari Belajar Bahasa Arab Cara Mudah

SIRI BAHASA ARAB UNTUK KANAK-KANAK.

3 buah buku ini asalnya ditujukan khas untuk kanak-kanak, tapi selepas saya tengok isi kat dalamnya, saya rasa ia sesuai juga untuk sesiapa sahaja yang baru nak berjinak-jinak belajar Bahasa Arab.

Ada Buku 1, Buku 2 dan Buku 3. Siri pengajarannya adalah bertahap dan berpandukan sukatan pelajaran J-QAF, di dalamnya ada bab2 asas, soalan latihan yang jawapannya dikepil kat tengah buku. Tahap semakin susah apabila masuk Buku 2 dan 3, tapi jangan risau sebab pelajarannya taklah susah diikuti.

Kandungan buku ini ASLI kerana pengarangnya iaitu En. Noorli bin Mohd Noor ini memang mahir BA. Beliau anak jati Kelantan, sering berkunjung ke perpustakaan (tmpt. saya kerja) dan segala sususan, gambar, rekaletak, semuanya dibuat beliau sendiri.

Senang kata buku ni SENANG NAK GUNA! Harga pun MURAH je... Setia satu RM10 tapi kalau beli 1 set harganya RM25 sahaja. JIMAT RM5, banyak tu...

Kalau ada yang berminat tu, tolong call saya di 019-9403659 atau email ke cheja@tm.net.my

Okay!

Tuesday, September 12, 2006

BUKU "POP-UP" UNTUK 4 - 9 TAHUN

HARAP MAAF, KEDUA-DUA BUKU TELAH KEHABISAN STOK.


NO.1 : Allah is Al Khaliq (The Creator)


Mula-mula tengok buku ni, Ameerah, 2 terus je 'kiss' kulitnya dan tak sabar-sabar nak buka sampai berebut dengan Ikhwan, 7. Kita yang tua ni pun seronok lihat dan baca buku ni. Warna-warni sungguh! Memang orang luar negeri ni kreatif dan tahu macamana nak ambil hati budak-budak. Cuba tengok isi dalaman buku ni. Kat sini saya masukkan 3 imej. Kalau nak lihat saiz besar, sila klik kat atas imej ya.




NO.2 : Allah is Ar-Rahman (The Compassionate)


Buku ni memang jadi kegemaran kami sekeluarga dan juga kanak-kanak di sesi Read Aloud kami sama ada di MariBaca atau di Dar Nur al-Zahra'.

Sangat KUKUH sebab KULIT KERAS, kertas di dalam jenis BOD, berWARNA-WARNI, TULISAN BESAR dan ada POP-UP yang kreatif. Ada yang kata buku cam ni tak tahan lama... tapi kami dah guna sejak 3 tahun lepas tapi masih OK, cuma tepi-tepinya dah lembik sikit. Cuba tengok bahagian dalam dia, CANTIK kan? Saiz pun besar sikit SAJA dari tapak tangan.


Haa... kalau rasa nak beli satu untuk anak tersayang tu, cuba tengok di bawah.

HARGA SETIAP SATU: RM39.90
PENERBIT: IQRA BOOK CENTER

Ramai yang berkenan tu... ha jangan tunggu-tunggu, nanti terlepas. Ramadhan pun dah dekat ni, elok kalau bagi hadiah buku begini kat anak. Cepat hubungi saya!!!

Best nya kalau anak suka membaca...


Assalamualaikum kepada semua pengunjung yang singgah.

Pernah tak kita terfikir, kenapalah susah sangat nak didik diri kita atau anak-anak kita agar minat dengan buku ni. Tiap-tiap tahun ada Pesta Buku, di KL ataupun di kat negeri masing-masing, tapi tengok-tengok masih serupa tu jugak. Eh, bukan senang nak tanam minat membaca ni kalau tak dimulakan dari AWAL lagi.

Saya ni, ikhlas kata anak belum ada tapi anak-anak buah ramailah jugak, dalam 15 orang, esok lusa akan lahir sorang lagi, insya-Allah. Yang seronoknya, anak buah saya si Ikhwan 7, Ameerah 2, Shahirah 2 dan Amreena 1, cukup suka dengan buku! Pantang jumpa buku dan kalau ada buku mesti nak suruh kita bacakan. Kalau Ikhwan tu dah boleh baca sendiri tapi masih suka kalau kita bacakan. Nak tahu macamana mereka ni boleh suka dengan buku? Haa... gini, Alhamdulillah, Allah ilham kan kat saya agar buat macam ni. Hari pertama mereka lahir, saya hadiahkan sebuah buku. Biasanya buku, "MY FIRST ABC FROM THE QURAN".



Saya akan bacakan buku ni kat baby tu tak kisahlah dia belum kenal huruf pun, asalkan dia boleh dengar dan lihat (awal lahir tu belum nampak lagi...). Alhamdulillah, sampai sekarang anak-anak buah saya ni jadi insan comel yang sukakan buku dan pandai pula sayang buku tu.

Buku yang saya bagi tu harganya murah sangat... RM10.90 je. BerKULIT KERAS, bahagian dalam, KERTAS TEBAL tapi bukan jenis BOD. WARNA TERANG dan tulisan juga jelas. Sesuai sangat untuk anak-anak 4 tahun ke bawah. SESUAI JUGA DIJADIKAN HADIAH MASA MELAWAT RAKAN BARU BERSALIN. CUBALAH!!!

Kalau ada yang minat, boleh hubungi:-

MariBaca Children's Bookstore www.maribaca.com
Lot 1089, Simpang 4 Pauh Panji (simpang dekat JPJ)
Jalan Hospital
16100 Kota Bharu
Kelantan.
HP: 019-9403659 / Faks: 09-7484975

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails