Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Tuesday, September 12, 2006

Best nya kalau anak suka membaca...


Assalamualaikum kepada semua pengunjung yang singgah.

Pernah tak kita terfikir, kenapalah susah sangat nak didik diri kita atau anak-anak kita agar minat dengan buku ni. Tiap-tiap tahun ada Pesta Buku, di KL ataupun di kat negeri masing-masing, tapi tengok-tengok masih serupa tu jugak. Eh, bukan senang nak tanam minat membaca ni kalau tak dimulakan dari AWAL lagi.

Saya ni, ikhlas kata anak belum ada tapi anak-anak buah ramailah jugak, dalam 15 orang, esok lusa akan lahir sorang lagi, insya-Allah. Yang seronoknya, anak buah saya si Ikhwan 7, Ameerah 2, Shahirah 2 dan Amreena 1, cukup suka dengan buku! Pantang jumpa buku dan kalau ada buku mesti nak suruh kita bacakan. Kalau Ikhwan tu dah boleh baca sendiri tapi masih suka kalau kita bacakan. Nak tahu macamana mereka ni boleh suka dengan buku? Haa... gini, Alhamdulillah, Allah ilham kan kat saya agar buat macam ni. Hari pertama mereka lahir, saya hadiahkan sebuah buku. Biasanya buku, "MY FIRST ABC FROM THE QURAN".



Saya akan bacakan buku ni kat baby tu tak kisahlah dia belum kenal huruf pun, asalkan dia boleh dengar dan lihat (awal lahir tu belum nampak lagi...). Alhamdulillah, sampai sekarang anak-anak buah saya ni jadi insan comel yang sukakan buku dan pandai pula sayang buku tu.

Buku yang saya bagi tu harganya murah sangat... RM10.90 je. BerKULIT KERAS, bahagian dalam, KERTAS TEBAL tapi bukan jenis BOD. WARNA TERANG dan tulisan juga jelas. Sesuai sangat untuk anak-anak 4 tahun ke bawah. SESUAI JUGA DIJADIKAN HADIAH MASA MELAWAT RAKAN BARU BERSALIN. CUBALAH!!!

Kalau ada yang minat, boleh hubungi:-

MariBaca Children's Bookstore www.maribaca.com
Lot 1089, Simpang 4 Pauh Panji (simpang dekat JPJ)
Jalan Hospital
16100 Kota Bharu
Kelantan.
HP: 019-9403659 / Faks: 09-7484975

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails