
INILAH SET PALING LARIS SEMASA PESTA BUKU & KOMPUTER PANTAI TIMUR baru-baru ini di gerai MariBaca.
Cuba tengok gambar tu. Meriahkan! Sebenarnya Set Hadiah SIRI PENDIDIKAN ISLAM ni adalah produk terbaru keluaran Sun Publications, Kajang dan MariBaca mendapat hak untuk promosi yang pertama sebelum sempat ia dilancarkan secara rasmi.
Haa... ni sedikit info tentang SPI ni.
Kategori: Set Hadiah
Harga: RM60.00
Kandungan: 1 buah buku lirik nasyid, 3 buah buku cerita (semua saiz A4), 1 VCD nasyid asas Islam, 3 VCD cerita teladan dan 2 buah buku bonus (buku kerja Bahasa Arab & buku kerja Jawi)
lagu-lagu nasyid tu sebelum ni dijual berasingan dan memang termasuk dalam 'bestseller' MariBaca setiap bulan. Manakala yang cerita teladan tu , saya dah tengok dengan anak-anak buah, memang menarik sekali, ada moral selepas habis sesatu cerita. BANYAK CERITA dalam satu VCD. Budak-budak di rumah suka sangat dengan irama dan senikata lagu-lagu nasyid, saya pun dapat hafal beberapa sebab MEMANG SEDAP DIDENGAR!.
Pelanggan yang beli pun kebanyakannya berpuas hati dengan kualiti produk ini.
Belilah satu untuk anak-anak...
No comments:
Post a Comment