Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Thursday, November 01, 2007

Pesta Buku Kelantan 2007

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana selesai sudah satu kerja dakwah kami iaitu melalui pameran-jualan buku Islamik sempena PBK2007 yang bermula 25 Okt hingga 30 Okt yang baru lalu. Sepanjang PBS2007, boleh dikatakan sambutan agak menggalakkan walaupun lokasi gerai kami yang agak ke hujung (bukan di laluan utama kerana telah dimonopoli oleh penganjur). Sepanjang 5 hari berpesta buku, kami kehabisan stok buku nomik (novel-komik) terbitan PTS kerana diskaun 15% yang kami tawarkan. Alhamdulillah. Semoga semua yang membeli sama ada adik-adik dan ibu bapa mereka akan mendapat manfaat dari buku-buku yang dibeli.


Gambar-gambar ini diambil pada waktu malam di hari pertama PBS2007. Nampak agak lengang tapi rezeki memang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Alhamdulillah.


Ada beberapa pembeli yang hampir setiap hari datang membeli buku terutama buku-buku PTS. Itulah yang kami seronok sebab bagi kami di pihak MariBaca, buku-buku terbitan PTS amat menepati aspirasi kami.

Walaupun PBS2007 dah berakhir, khabarnya pihak penganjur akan mengadakan pameran yang sama di akhir Jan atau awal Feb tahun 2008. Insya-Allah jika diizinkan Allah kami akan sekali lagi menyertai pesta tersebut.

Baiklah, jangan lupa, rajin-rajinlah membaca sebab membaca itu memang syok.

SYOKNYA MEMBACA!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails