Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Sunday, August 24, 2008

New Books: Islamic Novels

CURAHAN CINTA NIAGARA
By MAYA IRIS
ISBN: 978-983-3604-82-1
PTS Millennia Sdn. Bhd.
RM 26.00 (Sem. Malaysia) / RM 29.00 (Sabah/Sarawak)
Pages: 564 pgs.
Year Published: 2007, 2008

Synopsis:


"Aku dekat, Kau dekat."

Air Terjun Niagara. Mendengarkan nama itu sahaja semua tahu akan keindahannya yang cukup memukau. Allah Maha Besar. Sederas curahan air terjun itulah Allah limpahkan pelbagai nikmat dan kesenangan agar manusia insaf dan tahu mensyukuri rahmat yang dikurniakan.

Percikan air dingin Niagara membawa pembaca menjelajah jauh ke Amerika Syarikat ketika watak utamanya mula melanjutkan pelajaran di New York. Arus kemodenan Negara Dunia Pertama itu mampu menggugah iman cucu-cicit Adam yang lemah sehingga mereka hanyut dalam arus gelombang duniawi yang tidak pernah menjanjikan sebarang balasan.

Mira Zahila, gadis kampung yang malang terpaksa akur dengan liku-liku kehidupan yang kelam sejak kecil. Dia melalui jalan penuh sukar, membesar dengan pelbagai dugaaan, namun dia tetap tabah menghadapi setiap cabaran itu kerana dia yakin, Allah sedang menguji keteguhan iman hamba-Nya.

Sorotan pejalanan hidup Mira berubah setelah dia dipertemukan dengan Faris, anak hartawan yang gemar menghabiskan masa berfoya-foya dengan wanita yang bukan mahramnya tanpa menghiraukan batasan agama.

Faris jatuh hati pada Mira, dan kerana itu dia berubah. Dia bersungguh-sungguh memenangi hati gadis itu sehingga sanggup menggunakan kekerasan. Kasihan melihat nasib Faris yang lumpuh akibat kemalangan, Mira sanggup mengahwini lelaki itu, walaupun dia sedia maklum Faris menghidapi HIV hasil daripada pergaulan sosial tanpa batasan.

Bahagia yang diharapkan dalam melayari kehidupan berumah tangga hanya tinggal impian yang tidak kesampaian. Sikap Faris berubah setelah mendirikan rumah tangga. Tidak cukup dengan itu, Mira terpaksa berhadapan dengan kebencian ibu mertuanya, Datin Faridah yang tidak merestui ikatan perkahwinannya dengan Faris.

Watak Farhan (abang kepada Faris) yang begis dan tegas muncul antara Faris dan Mira. Hakikatnya dalam diam lelaki itu sebenarnya telah jatuh cinta pandang pertama pada Mira sewaktu mereka sama-sama mengunjungi Air Terjun Niagara suatu masa dulu. Farhan hanya mampu memendam rasa apabila Faris terlebih dahulu menagih kasih Mira.

Ketika ajal hampir datang menjemput Faris, lelaki itu mewasiatkan Mira kepada Farhan, seterusnya membuka peluang untuk Farhan mendapatkan kasih Mira. Mereka disatukan juga dalam keadaan terpaksa, sedangkan Mira tidak dapat menerima huluran kasih Farhan. Ketika mereka sedang berusaha mencari sinar bahagia, muncul pula orang ketiga menggugat kebahagian yang baru hendak berputik.

Dalam setiap konflik yang dipersembahkan, Maya Iris menyajikan karya yang sarat dengan nilai Islami, disampaikan dengan pengertian yang cukup mendalam beserta nasihat dan motivasi. Membaca Curahan Cinta Niagara mampu melenyapkan persepsi negatif tentang alam perkahwinan. Elemen psikologi kekeluargaan yang diselitkan dalam karya ini menjadikan ia sebuah karya yang punya jiwa, sarat dengan pengajaran dan kepentingan untuk menguatkan rohani melalui kefahaman Islam sebenar.

WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
By A. UBAIDILLAH ALIAS
ISBN: 978-983-3603-91-6
PTS Millennia Sdn. Bhd.
RM 23.50 (Sem. Malaysia) / RM 26.50 (Sabah/Sarawak)
Pages: 457 pgs.
Year Published: 2008

Synopsis:


“Aku akan terus menulis walaupun kutahu salam daripada warkah bisumu semakin menjauhi realiti. Tetapi aku tidak mampu hentikan semua ini melainkan kematian sahaja yang dapat memisahkan jiwaku daripadamu. Dan aku tahu, kematianku makin menghampiri...”

Cinta seorang lelaki yang ditagih dua gadis. Hebat sangatkah Amir Mukhlis hingga dia sanggup mengecewakan impian Wardah dan menolak harapan Balqis.

Tidak! dia adalah lelaki yang berpendirian. Dia sangat tegas dalam soal hati dan perasaan dan tidak mahu ada di antara mereka hanyut dibuai badai perasaan yang mampu memesongkan akidah manusia.

Amir Mukhlis, seorang penulis dan pemidato. Pertemuannya dengan Wardah berlangsung ketika mereka sama-sama menyertai sidang redaksi majalah sekolah. Pada ketika itu, Wardah turut terkesan dengan perubahan yang dibawa Amir terhadap dirinya.

Wardah Abdul Latif, gadis pintar dan berperawakan menarik, sering menjadi igauan pelajar-pelajar lelaki. Di sebalik personaliti yang memukau, gadis ini sebenarnya menyimpan rahsia kemelut keluarga hingga persepsi negatifnya terhadap kaum Adam bercambah dalam diam. Dia membenci lelaki yang tidak bertanggungjawab dan jahil. Wardah perlukan seorang teman lelaki yang memahami agama dan bertanggungjawab. Kehadiran Amir Mukhlis mengubah segalanya.

Tamat persekolahan menengah. Amir melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, terpisah dengan watak Wardah yang terpaksa berkahwin dengan lelaki bukan pilihannya. Amir tidak mahu dirinya tenggelam dalam kekecewaan yang mampu memakan diri sendiri. Dia pasrah. Dia reda. Bayangan Wardah dilepaskan. Tetapi hidup Wardah tidak bahagia, dia diseksa suami sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Watak Balqis yang buntu dalam menyelesaikan masalah pula muncul dalam hidup Amir di Kaherah. Secara tidak sengaja lelaki itu membantu merungkai masalah si gadis. Ketika itu Balqis melihat Amir sebagai lelaki matang yang mampu membimbing dirinya dan Balqis sedar naluri wanitanya sudah terusik ketika itu.

Izzuddin, teman baik Amir di universiti. Konflik mula tercetus ketika Izzuddin turut menyimpan perasaan terhadap Balqis. Izzuddin sedar bahawa sudah dua kali Amir menyelamatkan Balqis, tetapi teman di sekeliling menganggap Izzuddin sebagai hero sebenar, tidak ada sesiapa yang mengetahui cerita sebenar dan Amir pula senang dengan situasi begitu.

Balqis akhirnya menzahirkan perasaannya terhadap Amir menerusi surat, tetapi Izzuddin yang terlebih dahulu membuka warkah itu tanpa pengetahuan Amir, menyebabkan hatinya sebal dengan luahan perasaan Balqis terhadap Amir. Amir pula tidak mengerti mengapa sahabatnya itu tiba-tiba menjauhkan diri darinya, seakan-akan benci melihat wajahnya. Pada masa yang sama Amir tidak mengerti isyarat yang ditunjukkan Balqis. Balqis kecewa.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Amir disahkan menghidap penyakit barah otak dan tidak mampu meneruskan hidup lebih lama. Ketika itu fikirannya ingin menyelesaikan masalah antara dia dan Izzuddin. Dalam kepayahan itu, Amir berusaha dan terus bangkit menyelesaikan konflik persahabatan dan perasaannya.

“Balqis, jangan mengharapkan sesuatu daripada ana. Ana bukan orang yang dapat menemani enti dalam kehidupan ini. Pasti ada orang lain yang lebih layak. Jika enti mahu memilih, pilihlah orang lain. Bukan ana...”

Amir merupakan seorang pejuang dalam hidupnya, seorang sahabat yang sejati dan khalifah yang hebat di muka bumi Allah. Hingga ke saat-saat akhir dia masih berjuang untuk menyempurnakan misi hidupnya dan tidak meletakkan kematian sebagai alasan untuk berputus asa.

A. Ubaidillah Alias menggunakan latar penceritaan yang menarik dengan penggunaan bahasa yang indah disulami puisi yang mampu menyentuh naluri pembaca. Keteguhan prinsip Amir Mukhlis perlu dicontohi remaja masa kini agar tidak tenggelam dalam arus kontemporari yang mengkhayalkan.

Credit: http://novelpts.blogspot.com/

Teen Novel: Impiana Series

Impiana
By Ain Maisarah
PTS One Sdn Bhd
RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-93-6;
978-983-3653-93-5;
9789833653935
Pages: 320 pgs.
Synopsis:
Segala impian anda akan tercapai..... walau dengan apa cara sekalipun!

If you like the Aku Mahu Series by the same author, you'll like this series too. It's the sequel of the Aku Mahu Series. The Wannababes are adults now.

It's Hard and Tiring

Having a book fair is always fun and happening, however when you have to do all the jobs alone most of the time, it's really hard and tiring. Although there's help from your partner and assistant, it's still not enough. For 3 days I was at Ekspo Kampus 2008 USMKK, mending a book stall. From what I can see, we were the only bookshop there. We only brought books that have just arrived from PTS and a few additions from Galeri Ilmu, Raihan Creative, The Islamic Foundation and Edukid.

The first 2 days, the sale was not promising at all. We couldn't even get RM500 per day. It's sad. I know, there's always rainy days in business. And it's definitely raining! I prayed and prayed for a better collections on the last day. Alhamdulillah, we're able to reach RM1 thousand. I can write so many reason of the not so good sale but it's no good. We still have to face the reality, not many crowd coming to the Ekspo.

Apart from the unhappy event, there's still a happy ending. We sold so many Teen Novels from PTS such as Salju Sakinah, Curahan Cinta Niagara, Zikir-Zikir Cinta, Kuseru Namamu Kekasih and Aku Mahu Popular. All 10 copies of Quran Saintifik were sold and we get a bestseller out of Aku Terima Nikahnya by Hasrizal Abdul Jamil of Saifulislam.com and Galeri Ilmu.

Yesterday was the last day and we managed to sell so many Teen Novels and Business & Management books, mostly from PTS. Actually MariBaca sell almost 50% books published by PTS. It's because I personally like and love reading books published by the company. The language is easy, the chapter is just right and I can always read a few while waiting for customers or queuing at the bank, the covers are interesting, colourful, professional and portrayed the content inside. Briefly writing, PTS's books are the best for me!

But I'm always open to other books from publishers like Galeri Ilmu - they are producing more good books and appealing to the mass market. Their quality - paper, printing and graphics are so nice and colourful. The size of the books is also different and I like them too.

We read, we reviews and then we promote. MariBaca will always try to read first before we sell the books to our customers. It's better to know the book before we recommend it to anyone.

Okay, enjoy your books!

Saturday, August 23, 2008

Teen Novel

Robotan
By Mohd Faisal Nordin
PTS One Sdn Bhd
RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-22-3; 978-983-3654-22-2; 9789833654222
Pages: 240 pgs.
Synopsis:
“Tempe direkabentuk bagi menjalankan tugas rahsia seperti pengintipan tentera, pengeboman, sabotaj dan menyelamat tebusan. Ia seolah-olah askar tunggal. Hanya berikan arahan dan koordinasi padanya, pasti semuanya selesai.”Amin terkejut mendengar keupayaan robot kesayangannya yang berada di rumahnya itu Zul pula masih serius. “Amin, Tempe robot yang merbahaya! Lagipun ia bukan milik kamu, mahupun keluarga kamu! Ia adalah robot pelarian!”



Hantu Silap Mata
By Alif Firdaus Azis
PTS One Sdn Bhd
RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-13-4; 978-983-3654-13-0; 9789833654130
Pages: 240 pgs.
Synopsis:
"Percaya dirinya mampu terbang."



Lembah Angin
By Ahmad Mahzan
PTS One Sdn Bhd
RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-17-7; 978-983-3654-17-8; 9789833654178
Pages: 240 pgs.
Synopsis:
Naka berusaha mencari dua adik beradiknya yang sudah terpisah sejak kecil. Mereka terpisah kerana peperangan merebut takhta. Kini, Naka perlu mengambil kembali negara Lembah Angin yang sudah dirampas dari arwah ayahnya. Peperangan dan strategi hebat perlu dirancang. Bekas ketua askar Lembah Angin perlu ditentang!


Misi Piramid
By Ida Munira Abu Bakar
PTS One Sdn Bhd
RM 21.90 / RM 24.90 (Sabah & Sarawak),
983-3653-72-3; 978-983-3653-72-0; 9789833653720
Pages: 336 pgs.
Synopsis:
Novel ini mengisahkan seorang remaja, Zek yang menghabiskan cuti akhir tahun dengan membaca di khazanah ilmu di rumah pusaka datuknya. Tanpa disangka suatu kejadian aneh menimpa dirinya sehingga tercampak ke sebuah dunia fantasi.



Sindrom VX
By Nuriazam Ismail
PTS One Sdn Bhd
RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-92-8; 978-983-3653-92-8; 9789833653928
Pages: 384 pgs.
Synopsis:
Kerajaan krymo di bawah pemerintahan kuku besi yang diketuai oleh Tuan Zaron. Satu bangsa asing yang bekerja di sebuah kawasan telaga minyak telah dijangkiti oleh satu wabak merbahaya di mana sesiapa yang terkena akan berubah menjadi mayat hidup dan mati secara perlahan-lahan.

New Books: Teen Novel

Tabik Cikgu
By Fatimah Az-Zahra
PTS One Sdn Bhd
RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-16-9; 978-983-3654-16-1; 9789833654161
Pages: 240 pgs.
Sinopsis:
Cikgu Mukhsin adalah seorang guru yang ‘cute’. Di sebalik wajah yang comel terdapat sekeping hati yang kental seperti WAJA. Dia baru berpindah ke sebuah sekolah persendirian. Di sana dia menjadi guru kelas tingkatan 2 Terbilang kerana guru asal cuti bersalin. Masalahnya sekolah elit ini menempatkan anak-anak orang kaya kelas atasan dan pertengahan yang manja dan mewah. Mereka cerdik-cerdik belaka tapi mereka sombong dan tidak terdidik.

Langkah Pertama ke Dunia Baru
By Umi Kauthar Abdul Razak
PTS One Sdn Bhd
RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-39-8; 978-983-3654-39-0; 9789833654390
Pages: 272 pgs.
Sinopsis:
Armand tidak pernah tahu yang dia adalah manusia berketurunan duyung. Hinggalah suatu hari, seorang lelaki berkepala sotong datang ke rumah membawa surat yang mengesahkan dia berasal dari duni Siber Atlantis.


Di Mana Abang Saya?
Oleh Ziela Zie
PTS One Sdn Bhd
RM 14.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak),
983-3654-44-4; 978-983-3654-44-4; 9789833654444
Pages: 208 pgs.
Sinopsis:
Lima tahun Azmi menyepikan diri. Farah tidak dapat berbuat apa-apa. Sehinggalah dia mendapat hadiah wang tunai apabila cerpennya memenangi tempat pertama. Berbekal RM10 ribu, Farah ke Switzerland. Pencariannya bermula. Farah bertekad tidak kembali sebelum bertemu abangnya.

New Books: Teen Novel

Dear Yayah 4
By Farihah Iskandar
PTS One Sdn Bhd
RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-30-4; 978-983-3654-30-7; 9789833654307
Pages: 208 pgs.
Synopsis:
Kali ini, Jihan dah tamat sekolah. Macam mana agaknya hidup Jihan di rumah tanpa teman-teman yang menemaninya selama 5 tahun. Apa keputusan SPM Jihan dan kawan-kawannya? Berdebar-debar pula rasanya...


Dear Yayah 3
By Farihah Iskandar
PTS One Sdn Bhd
RM 14.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak),
983-3653-77-4; 978-983-3653-77-5; 9789833653775
Pages: 240 pgs.
Synopsis:
Jihan kembali lagi dengan cerita baru! SPM makin hampir! Jadual makin padat. Hari-hari terakhir di mereka maktab... terisi dengan kenangan pahit ataupun manis?


Dear Yayah 2
By Farihah Iskandar
PTS One Sdn Bhd
RM 14.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak),
983-3653-33-2; 978-983-3653-33-1; 9789833653331
Pages: 240 pgs.
Synopsis:
Dear Yayah kembali lagi. Kali ini dengan diari kehidupannya yang baru. Jihan dan Suria sudah tidak perlu menyorok lagi kerana semua pelajar sudah tahu mengenai persahabatan mereka dengan Hazman dan Khairi. Tetapi mereka masih juga meneruskan aktiviti menghantar surat dan kad-kad yang comel. Rupa-rupanya Jihan mempunyai seorang kawan baik bernama Kamal. Ini menimbulkan rasa cemburu dalam diri Hazman. Tetapi, tiba-tiba sesuatu yang tidak terduga terjadi menyebabkan Jihan jadi tidak keruan dan mula menyendiri...


Dear Yayah
By Farihah Iskandar
PTS One Sdn Bhd
RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
983-3357-44-X; 9789833357444
Pages: 160 pgs.
Synopsis:
Elemen-elemen penting dalam hidup Jihan adalah Yayah, Suria, Hazman dan IK. Siapa mereka?

New Books: Teen Novel

Sarah & Anting-Anting
By Ezee Rahmani
PTS One Sdn Bhd
RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-14-2; 978-983-3653-14-7; 9789833653147
Pages: 272 pgs.
Synopsis:
Sarah kembali lagi. Kalau dulu dia terlalu obses dengan kasut tumit tingginya. Tapi kali ini dia obses dengan anting-anting pula. Apa agaknya cerita Sarah kali ni....


Sarah & Kasut Tumit Tinggi
By Engku Zainun bt Engku Abdul Rahman
PTS One Sdn Bhd
RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-71-5; 978-983-3653-71-3; 9789833653713
Pages: 288 pgs.
Synopsis:
Sarah yang meminati kasut tinggi sejak kecil lagi dan berazam ingin memilikinya pada suatu hari nanti.

Teen Novel

Kembar Terpilih (KT)
By Meor Shariman
PTS One Sdn Bhd
RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
983-3357-92-X; 9789833357925
Pages: 176 pgs.
Synopsis:
Misha dan Marsha Osman adalah pasangan kembar daripada keturunan dukun terbilang yang?dikurniakan kelebihan luarbiasa bagi melawan kejahatan. Misha dan Marsha?adalah 'Kembar Terpilih'.Hanya menggunakan jampi serapah, mereka mampu membantu orang dalam kesusahan. Satu kes kecurian berlaku di sekolah dan adik beradik kembar menggunakan mentera bagi menangkap si pencuri. Peliknya, kes kecurian makin?kerap selepas mentera itu dibaca. Siapakah si pencuri dan mengapa mentera?Kembar Terpilih tidak menjadi?

KT - Dalam Bahaya
By Meor Shariman
PTS One Sdn Bhd
RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-63-4; 9789833653638
Pages: 192 pgs.
Synopsis:
Siri Kembar Terpilih yang ketiga ini memuatkan kisah bagaimana Misha dan Marsha daripada keturunan dukun terbilang mula bertudung. Selain itu, ibu bapa mereka yang disangkakan sudah meninggal dunia rupa-rupanya bersembunyi di satu tempat terpencil. Hanya nenek kembar itu iaitu Hajah Eton yang tahu rahsia itu. Marsha meminati Farid tanpa mengetahui Farid adalah daripada keturunan pawang yang bermusuhan dengan dukun terbilang. Bapa saudara Farid sedang memburu kembar terpilih kerana mahu menghapuskan waris Rubiah sebelum mereka menjadi benar-benar berkuasa.

KT - Di Ambang Maut
By Meor Shariman
PTS One Sdn Bhd
RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-06-1; 978-983-3654-06-2; 9789833654062
Pages: 208 pgs.
Synopsis:
Siri Kembar Terpilih yang keempat ini mengisahkan percutian Misha, Marsha dan Tuan Osman di Pulau Jawa sempena cuti sekolah. Percutian yang pada awalnya menggembirakan anak-beranak itu tiba-tiba bertukar menjadi suatu percutian yang tidak menyeronokkan si kembar dan ayah mereka.

New Books: Teen Novel

Melah Melia
By Ainin Naufal
PTS One Sdn Bhd
RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-32-4; 9789833653324
Pages: 192 pgs.
Synopsis:
Mengisahkan kehidupan pelajar tingkatan dua yang bernama Melah Melia yang mempunyai tuala busuk dan bantal busuk. Dia pelajar yang pintar tetapi naif. Dia sering menjadi mangsa buli sepupunya, Rahim. Kehidupannya berubah apabila keluarganya bertekad menyuruh dia tinggal di asrama. Tinggal di asrama adalah perkara yang menggerunkan memandangkan Melah Melia menyimpan rahsia besar berkaitan kelemahan dirinya iaitu kencing malam dalam tidur. Selain daripada itu, dia juga menjadi mangsa buli. Namun, akhirnya dengan bantuan dua orang rakan baiknya, Melah Melia berjaya juga mengharungi kehidupan di asrama.


Melah Melia 2
By Ainin Naufal
PTS One Sdn Bhd
RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-11-8; 978-983-3653-11-6; 9789833653116
Pages: 240 pgs.
Synopsis:
Hari itu Melah Melia kembali semula ke asrama dengan keyakinan diri dan azam yang semakin tinggi kerana pada tahun itu dia akan menghadapi peperiksaan PMR. Namun, dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu betapa runsingnya Melah Melia apabila memikirkan adakah dia akan terus bocor ataupun terus berurut dengan Makcik Esah bagi menghilangkan masalahnya itu.

New Books: Teen Novel

Aku Mahu Teman Tapi Mesra
By Ain Maisarah
PTS One Sdn Bhd
RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-37-1; 978-983-3654-37-6; 9789833654376
Pages: 288 pgs.
Synopsis:
Widya melancarkan perang dunia ketiga dengan Edrina? Semata-mata kerana Edrina menegur kemerosotan pelajaran Widya.Widya diberi kata dua.Memilih Mr.LobakLobak,si Teman Tapi Mesra atau mementingkan keputusan peperiksaan demi masa depan.


Aku Mahu Buli
By Ain Maisarah
PTS One Sdn Bhd
RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-10-X; 978-983-3653-10-9; 9789833653109
Pages: 256 pgs.
Synopsis:
Aku Mahu Buli mengisahkan nasib seorang pelajar baru bernama Mimi Monira yang baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Sri Bangsar. Mimi Monira tidak tahu mengenai kewujudan sekumpulan pelajar yang berpengaruh dalam sekolah itu yang juga dikenali sebagai Kumpulan The Wannababes.


Aku Mahu Sais 'S'
By Ain Maisarah
PTS One Sdn Bhd
RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-86-3; 978-983-3653-86-0; 978-983-3653-86-0
Pages: 288 pgs.
Synopsis:
Mengisahkan pergaduhan yang tercetus antara pelajar yang menggelar diri mereka The Size 'S' dengan tiga orang pelajar gemuk dari Kelab Size


Aku Mahu Popular
By Ain Maisarah
PTS One Sdn Bhd
RM 14.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak),
983-3653-50-2; 978-983-3653-50-8; 9789833653508
Pages: 240 pgs.
Synopsis:
Mengisahkan dua orang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sri Bangsar yang cemerlang dalam pelajaran tetapi tidak dikenali di sekolah itu. Bermula daripada rasa tidak puas hati dengan glamor dan populariti yang dikecapi oleh tujuh gadis lain yang menggelar diri mereka The Wannababes, Farah dan Ina bertekad merancang strategi untuk menjadi popular dan diminati.

New Books: Teen Novel

My Angel
By Aizam Aiman
PTS One Sdn Bhd
RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
983-3357-82-2;
9789833357826
Pages: 192 pgs.
Synopsis:
Adilah menganggap mamanya sebagai 'angel' yang melindunginya. Namun, tiba-tiba mamanya menghilang. Adilah terpaksa membesar tanpa kasih seorang ibu. Dia masih mencari 'angel' namun semuanya selalu berakhir dengan perpisahan. Dapatkah Adilah menemui 'angel' yang didambakan...

My Secret
By Aizam Aiman
PTS One Sdn Bhd
RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-36-3;
978-983-3654-36-9;
9789833654369
Pages: 224 pgs.
Synopsis:
Rahsia. Rahsia. Rahsia.Sakit kepala Adilah dibuatnya. Siapa sebenarnya Reen? Besar sangatkah rahsia yang disimpannya? Misi kali ini, membongkar rahsia Reen. Berjayakah Adilah?

Sunday, August 10, 2008

New Books for Mommy & Baby

SEMUA TELAH KEHABISAN STOK!

Happy Baby: A Book of Emotions with Plush & Flashcards (Board Book)
Our Price = RM40.70


Let's Count: A hand-Puppet Book with Toy (Board Book)
Our Price = RM 47.50


Play Pockets: Shapes, Numbers, Colors (Fabric/Cloth)
Our Price = RM58.60


Three Little Duckies with Toys (Vinyl Book)
Our Price = RM47.50


Tuesday, August 05, 2008

Clearance Sale!!!


Get all this books with 30% discounts. Only for online orders. If interested, please send an email to maribaca2u at yahoo.com
Titles:
1. Jalan Kejayaan - RM29.00
2. OKB! Orang Kaya Bertaqwa - RM29.00
3. Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung - RM19.00
4. Menjadi Jutawan MLM - RM17.00
5. Working @ Home - RM35.00
6. Siri Mula Bisnes LEMBU - RM14.00
7 Siri Mula Bisnes RESTORAN - RM16.00
8 Siri Mula Bisnes KRAFTANGAN - RM14.00
9. Siri Mula Bisnes KEDAI JAHIT - RM 14.00

Sunday, August 03, 2008

A Baby A Book! SOLD OUT

ABOUT a month ago, I had the good fortune and pleasure of “meeting” a librarian by the name of Rashidah Begum. Like so many first-meetings in this day and age, it happened online when Rashidah emailed me about an exciting programme she is involved in.

“Every Baby a Book” (pic) was launched in July 2007 by the Penang Public Library. It brought together two ideas: to produce a durable children’s book from cloth and to provide every new baby in Penang with a book, in the hope of nurturing a love for reading.

Read more...

Source: The Star Online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails