Assalamualaikum semua. Kali ni saya masukkan maklumat terkini untuk buku-buku sesuai remaja lelaki.

(
Umar Al-Khattab akan terbit tidak lama lagi.) Novel-novel ini sangat bagus sekali kerana berjaya menarik minat remaja terutamanya yang lelaki untuk lebih minat membaca. Anak-anak saudara saya ada 5 orang yang lelaki berusia 16 - 19 tahun dan kesemuanya amat menggemari novel-novel ini. Mereka menghabiskan cuti sekolah baru-baru ini dengan mengkhatamkan kesemua buku dalam Siri Novel Sejarah Islam ini kecuali yang belum terbit. Dan novel ini juga berjaya menarik minat kaum Cina untuk membelinya.
Saudara Penulis,
Saya sudah membeli dan membaca beberapa buah novel sejarah pahlawan Islam hasil tulisan saudara Abdul Latip Talib.
Saya harap saudara penulis sudi menjawab persoalan ini.
Dalam novel sejarah Islam digambarkan pahlawan Islam tidak membunuh tawanan perang, melindungi wanita dan kanak-kanak. Satu contoh yang terpuji.
Tetapi saya pernah terbaca Muhamad pernah menjatuhkan hukuman bunuh kepada tawanan perang Badar. Tidak semua dibunuh. Tetapi ada yang dihukum bunuh.
Kemudian menjatuhkan hukuman bunuh ke atas SEMUA lelaki orang Yahudi Bani Quraidhah setelah mereka menyerah. Saya jelaskan sekali lagi. SEMUA LELAKI.
Bagaimana saudara penulis menjelaskannya perkara ini?.
Ho Kam Yin
Sedutan diambil dari blog penulis novel,
Abdul Latip Talib
Di bawah ialah buku-bukunya:

Harga:
RM 27.90 / RM 30.90 (Sabah & Sarawak),
ISBN: 978-967-5136-21-4;9789675136214
Tarikh Terbit: 20 October 2008;
Jumlah Muka Surat: 368 halaman
Sinopsis:
Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah al-Jarrah. Beliau lahir di Mekah daripada sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq. Beliau salah seorang yang dijamin masuk syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri, dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya

Harga:
RM 23.90 / RM 26.90 (Sabah & Sarawak),
ISBN: 983-192-057-0; 978-983-192-057-2; 9789831920572
Jumlah Muka Surat : 256 halaman
Kategori: Novel Sejarah Islam
Sinopsis:
Novel Tariq-Menang ataupun Syahid yang ditulis dalam bentuk kreatif ini menceritakan sifat kepahlawanan seorang lagi pahlawan Islam yang pada asalnya hanya seorang hamba. Disebabkan memiliki sifat-sifat yang terpuji,dia dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12,000 tentera Islam ke Sepanyol. Tariq menganggap kedatangan mereka ke Sepanyol hanya untuk syahid ataupun mengalahkan musuh. Disebabkan itulah dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang. 'Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid.' Kata-kata keramat Tariq berjaya meniupkan kembali semangat jihad di kalangan tentera Islam.
KEHABISAN STOK!
Kulit baru
Harga:
RM 26.90 / RM 29.90 (Sabah & Sarawak),
ISBN: ISBN 983-192-045-7; ISBN 978-983-192-045-9; 9789831920459
Jumlah Muka Surat : 304 halaman
Kategori: Novel Sejarah Islam
Sinopsis:
Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.

Harga:
RM 32.90 / RM 35.90 (Sabah & Sarawak),
ISBN: 983-192-056-2; 978-983-192-056-5; 9789831920565
Jumlah Muka Surat : 400 halaman
Kategori: Novel Sejarah Islam
Sinopsis:
Novel Sejarah Islam, Khalid-Memburu Syahid adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah.

Harga:
RM 26.90 / RM 29.90 (Sabah & Sarawak),
ISBN: 967-513-610-3; 978-967-5136-10-8; 9789675136108
Jumlah Muka Surat : 336 halaman
Kategori: Novel Sejarah Islam
Sinopsis:
Abu Bakar as-Siddiq, sahabat sejati Nabi Muhammad yang dilantik menjadi khalifah Islam pertama selepas beliau wafat pada tahun 632 H. Jasa khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang paling besar adalah mengumpulkan semula ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku apabila ramai yang menghafal ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat Islam kehilangan ayat-ayat suci itu maka Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Umar al-Khattab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat-ayat al-Quran. Itulah kitab suci al-Quran yang dikenal hingga ke hari ini.
KEHABISAN STOK!
Harga:
RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak),
ISBN: 978-967-5136-11-5; 9789675136115
Jumlah Muka Surat : 336 halaman
Kategori: Novel Sejarah Islam
Sinopsis:
“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Harga:
RM 22.90 / RM 25.90 (Sabah & Sarawak),
ISBN 983-192-068-6; 978-983-192-068-8; 9789831920688
Jumlah Muka Surat : 240 halaman
Kategori: Novel Sejarah Islam
Sinopsis:
Novel Ikramah-Penentang Jadi Pembela menceritakan kisah Ikramah, anak kepada Abu Jahal. Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil lagi, beliau dididik untuk menjadi seorang pahlawan dan apabila besar Ikramah menjadi panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handal dan banyak pengalaman berperang. Dia bersama ayahnya Abu Jahal sangat benci kepada Islam dan turut menyertai peperangan menentang Nabi Muhammad. Ikramah termasuk salah seorang panglima perang pasukan Quraisy yang handal dan gagah berani serta banyak pengalaman. Akhirnya dia menjadi pahlawan Islam yang gagah berani dan gugur syahid dalam Perang Yarmuk.