Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Friday, January 23, 2009

Perubahan Wajah

Assalamualaikum semua.

Bermula hari ini Jumaat 26 Muharram 1430 Hijrah bersamaan 23 Jan 2009, blog BariBaca Bookstore telah dengan rasminya berubah wajah dan bahasa.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini kami cuba menyediakan ruangan 'sidebar' yang lebih lebar dan juga menukar penggunaan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Ini bukan bermakna kami akan menterjemahkan semua tulisan yang telah dimasukkan sebelum ini. Hanya bermula hari ini kami akan sentiasa menggunakan bahasa Melayu kecuali istilah tertentu yang tidak dapat kami tukarkan.

Semoga anda akan lebih mudah melayari laman blog kami dan kekal menjadi pelanggan yang setia.

Selamat Membaca!

2 comments:

  1. Salam,
    Teramat seronoknya bila di kelilingi buku. Kalau anak-anak cikgu dapat ke sana alamatla;
    mula-mula, rambang mata
    kedua- kalau balik pun beg duit kosong licin
    ketiga- tak cukup tempat nak letak buku yang dibeli.
    keempat- kalau beg duit kosong, semua tidur situ...
    Cikgu selalu ke KB, suatu hari nanti mungkin kami akan tersinggah juga di sini.
    Khamis depan pun InsyaAllah akan lalu KB tapi tak pasti sempat cari @ tidak...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam Cikgu Rash.

    Suka sungguh kakchik membaca tulisan Cikgu ni. Terima kasih banyak ya.

    Kalau datang KB tu, panjangkan langkah ke MariBaca ya. Kalau ada rezeki, kakchik mungkin ada di kedai hari tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails