Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Saturday, February 28, 2009

Penghabisan Stok! I Can Series

TELAH DI'BOOKING'

Buku-buku dalam I CAN SERIES sangat menarik dan sesuai untuk dibaca bersama dengan anak-anak yang berusia 4 hingga 10 tahun kerana ia banyak mendidik akhlak mulia sebagai sorang Islam melalui keyakinan diri yang kita boleh lakukan amal ibadah ini tanpa ragu-ragu atau rasa takut.

Siri ini mengandungi 6 buah buku iaitu:
  • I Can Eat Anything Anywhere!
  • I Can Wear Hijab Anywhere!
  • I Can Read The Qur'an Anywhere!
  • I Can Make Du'a Anywhere!
  • I Can Pray Anywhere!
  • I Can Say Bismillah Anywhere!
Buku-buku ini diperbuat daripada kertas bod yang keras dan tebal. Ini membolehkan ia tahan lasak dan tahan lama.

Ilustrasinya berwarna-warni dan memenuhi ruang setiap mukasurat buku. Sesuai untuk merangsang otak terutama imaginasi dan juga memudahkan kanak-kanak memahami jalan cerita yang cuba disampaikan.

Harga biasa untuk satu set ialah RM235.00

Harga penghabisan stok ialah RM215.00


Jika berminat, rebut segera peluang ini kerana HANYA TINGGAL 1 SET sahaja lagi. KakChik terpaksa buat 'FIRST COME FIRST SERVE'. Jika anda ada tadika, buku-buku ini amat sesuai menjadi pelengkap dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika anda. Kalau anda mempunyai anak-anak di peringkat bayi hingga sekolah rendah, ia masih lagi relevan.

Jangan tunggu lama-lama. Peluang hanya datang sekali!

Wednesday, February 25, 2009

Siri Kenali Alam Kagumi Pencipta

Inilah 3 buah buku dari Siri Kenali Alam Kagumi Pencipta yang ditulis oleh Puan Zulina Hassan aka Ummu Najah. Alhamdulillah kami sudah saling mengenali antara satu sama lain dan KakChik telah melihat latar belakang beliau yang amat menarik.

Buku-buku ini amat sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun (cadangan yang dibuat oleh penerbit). Pada pandangan KakChik lebih sesuai untuk anak-anak yang sudah pandai membaca sendiri kerana tulisannya agak banyak. Tapi jika yang akan membacanya ialah ibu bapa (baca sambil bercerita kepada anak) maka ia juga sesuai untuk kanak-kanak awal.

Harga 1 set ialah RM19.50

Harga Promosi untuk 1 set ialah RM15.50


SKAKP: Haiwan Ajaib Padang Pasir
Harga: RM6.50

SKAKP: Rahsia Sarang Di Bawah Air
Harga: RM6.50

SKAKP: Raksasa Kutub Utara
Harga: RM6.50

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sinopsis

SKAKP ini mengajak kanak-kanak meneroka keunikan alam haiwan melalui cerita-cerita yang berdasarkan fakta, dengan menyelitkan unsur kasih-sayang dan teladan.

Dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami, kanak-kanak akan dapat memahami bagaimana haiwan-haiwan di sekeliling mereka menjalani kehidupan. Misalnya bagaimana mereka membina sarang, membiak, menjaga, menyayangi dan mengajar anak-anak mencari makanan, hidup berkumpulan dan sebagainya.

Fakta ringkas turut disertakan bagi membantu ibu bapa dan guru-guru menerangkan lebih lanjut tentang haiwan-haiwan ini kepada kanak-kanak.

Diharap melalui pemerhatian dan pemikiran terhadap keunikan kejadian alam sebegini, akan cepat dapat memandu spiritual kanak-kanak untuk merasai kehebatan dan kekuasaan Allah SWT.

Selamat membaca!

Tuesday, February 24, 2009

Penghabisan Stok! Allah Gave Series

SUDAH KEHABISAN STOK

Set ini mengandungi 5 buah buku berkulit keras yang diimport khas dari sebuah organisasi Islam di United Kingdom iaitu The Islamic Foundation. Inilah antara buku-buku terawal yang dijual oleh MariBaca. Secara peribadi, KakChik memang sukakan buku-buku ini kerana ilustrasi, plot cerita dan juga saiz tulisan yang amat bersesuaian dengan kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Inilah buku-buku kegemaran anak-anak saudara KakChik dah juga kanak-kanak yang menyertai aktiviti Read Aloud di MariBaca.

Harga biasa untuk 1 set ialah RM144.50
Harga penghabisan stok ialah RM125.00

Untuk imej lebih besar, sila klik pada imej.


Allah Gave Me Two Ears To Hear
Harga: RM28.90


Allah Gave Me Two Hands And Feet
Harga: RM28.90

Allah Gave Me A Tongue To Taste
Harga: RM28.90


Allah Gave Me A Nose To Smell
Harga: RM28.90


Allah Gave Me Two Eyes to See...
Harga: RM28.90

Sunday, February 22, 2009

Terima kasih PTS

Alhamdulillah semalam telah sampai 2 kotak buku dan juga satu rak istimewa dari PTS Publications & Distributions Sdn Bhd. Syarikat penerbitan buku yang paling digemari oleh MariBaca. KakChik terasa malu pula kat pihak PTS ni sebabnya hutang kami dengan mereka masih banyak dan mereka hantar pulak buku baru dengan rak percuma. Terima kasih PTS. Terima kasih kerana mempercayai kami. Insya-Allah hutang buku akan kami selesaikan seberapa segera. Dalam keadaan ekonomi gawat ni jualan buku pun turut menerima tempiasnya, tempias yang agak besar juga.

Walau bagaimanapun, KakChik bersyukur kerana Allah masih mengizinkan kami berbakti kepada masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan dan keseronokan membaca. Walau apapun yang berlaku KakChik akan pastikan Maribaca akan terus berkembang sesuai dengan matlamat kami yang utama iaitu UNTUK BERKONGSI KESERONOKAN MEMBACA DENGAN ORANG LAIN.

Rak buku percuma dari PTS yang sangat-sangat kami hargai. Bertambah kemas dan cantiklah kedai MariBaca dengan adanya rak buku mudah alih ni. Insya-Allah KakChik akan kemaskini blog dengan buku-buku terbaru selepas ini.

Sementara itu,

SEMOGA ANDA SEMUA SERONOK MEMBACA!

Wednesday, February 18, 2009

Reading Challenge Update

Salam and hi everyone.

Muka depan dan belakang 'Abang, Adik & Kasut'

It's just a short update about my participation in the Read A Book A Month Challenge. Last month my niece, Iffah and I finished reading our first book, Wild About Books. I tried to write a review about that book but never come to finish it. I did try. My work schedules at the library and commuting between the shop and the library along with my other social activities make it really hard for me to review books but reading with my love ones is still okay.

So, this month we already started reading the second book, 'Abang, Adik & Kasut' (picture above). It looks really interesting because of some similarities with the Iranian film that I've watched a few years ago, 'Children of Heaven'. I hope the kids will love the story and gain something from it.

Well, got to go now. Bye.

Tuesday, February 10, 2009

Siri Adam Kecil

Maklumat mengenai buku-buku dalam siri ini akan dimasukkan kemudian. Buku bersaiz tapak tangan ini amat sesuai untuk kanak-kanak di peringkat sekolah rendah di antara tahun 2 hingga tahun 4.


Banyak contoh tauladan dan pembinaan akhlak yang baik di kalangan kanak-kanak terutama kanak-kanak lelaki. Sehingga kini buku-buku Siri Adam Kecil adalah antara yang terlaris di MariBaca.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails