Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Wednesday, February 25, 2009

Siri Kenali Alam Kagumi Pencipta

Inilah 3 buah buku dari Siri Kenali Alam Kagumi Pencipta yang ditulis oleh Puan Zulina Hassan aka Ummu Najah. Alhamdulillah kami sudah saling mengenali antara satu sama lain dan KakChik telah melihat latar belakang beliau yang amat menarik.

Buku-buku ini amat sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun (cadangan yang dibuat oleh penerbit). Pada pandangan KakChik lebih sesuai untuk anak-anak yang sudah pandai membaca sendiri kerana tulisannya agak banyak. Tapi jika yang akan membacanya ialah ibu bapa (baca sambil bercerita kepada anak) maka ia juga sesuai untuk kanak-kanak awal.

Harga 1 set ialah RM19.50

Harga Promosi untuk 1 set ialah RM15.50


SKAKP: Haiwan Ajaib Padang Pasir
Harga: RM6.50

SKAKP: Rahsia Sarang Di Bawah Air
Harga: RM6.50

SKAKP: Raksasa Kutub Utara
Harga: RM6.50

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sinopsis

SKAKP ini mengajak kanak-kanak meneroka keunikan alam haiwan melalui cerita-cerita yang berdasarkan fakta, dengan menyelitkan unsur kasih-sayang dan teladan.

Dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami, kanak-kanak akan dapat memahami bagaimana haiwan-haiwan di sekeliling mereka menjalani kehidupan. Misalnya bagaimana mereka membina sarang, membiak, menjaga, menyayangi dan mengajar anak-anak mencari makanan, hidup berkumpulan dan sebagainya.

Fakta ringkas turut disertakan bagi membantu ibu bapa dan guru-guru menerangkan lebih lanjut tentang haiwan-haiwan ini kepada kanak-kanak.

Diharap melalui pemerhatian dan pemikiran terhadap keunikan kejadian alam sebegini, akan cepat dapat memandu spiritual kanak-kanak untuk merasai kehebatan dan kekuasaan Allah SWT.

Selamat membaca!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails