
Alhamdulillah semalam telah sampai 2 kotak buku dan juga satu rak istimewa dari PTS Publications & Distributions Sdn Bhd. Syarikat penerbitan buku yang paling digemari oleh MariBaca. KakChik terasa malu pula kat pihak PTS ni sebabnya hutang kami dengan mereka masih banyak dan mereka hantar pulak buku baru dengan rak percuma. Terima kasih PTS. Terima kasih kerana mempercayai kami. Insya-Allah hutang buku akan kami selesaikan seberapa segera. Dalam keadaan ekonomi gawat ni jualan buku pun turut menerima tempiasnya, tempias yang agak besar juga.

Walau bagaimanapun, KakChik bersyukur kerana Allah masih mengizinkan kami berbakti kepada masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan dan keseronokan membaca. Walau apapun yang berlaku KakChik akan pastikan Maribaca akan terus berkembang sesuai dengan matlamat kami yang utama iaitu UNTUK BERKONGSI KESERONOKAN MEMBACA DENGAN ORANG LAIN.

Rak buku percuma dari PTS yang sangat-sangat kami hargai. Bertambah kemas dan cantiklah kedai MariBaca dengan adanya rak buku mudah alih ni. Insya-Allah KakChik akan kemaskini blog dengan buku-buku terbaru selepas ini.
Sementara itu,
SEMOGA ANDA SEMUA SERONOK MEMBACA!
Semoga terus maju jaya. amin.
ReplyDeleteTerima kasih banyak Tn Abdul Latip kerana doakan kami dan sudi singgah ke sini.
ReplyDelete