Seluruh alam menjadi saksi...
Cinta pertama tercipta…
Bulan memujuk dalam senyuman…
Sayang… tetapi sepi!
Bintang menyanyi bagai menyepi…
Sembilan tahun merindu… Izhan akhirnya muncul!
Namun Natalia tidak pasti…
Akan wujudkah hujan gula-gula yang dinanti?
“Tunggu Izhan call aku macam harap hujan gula-gula turun kat bumi ni.”
Cidot masih lagi membatu.
“Tak faham ke?”
Cidot menggeleng.
“Okey… hujan gula-gula tu wujud ke?”
“Tak!”
Natalia senyum. “Aku tau Izhan takkan call aku… sampai bila-bila pun takkan ada!”
Walaupun pahit, dia paksa diri agar menerima hakikat itu.
Siapalah aku… “Tak mungkin wujud!”
Cinta pertama tercipta…
Bulan memujuk dalam senyuman…
Sayang… tetapi sepi!
Bintang menyanyi bagai menyepi…
Sembilan tahun merindu… Izhan akhirnya muncul!
Namun Natalia tidak pasti…
Akan wujudkah hujan gula-gula yang dinanti?
“Tunggu Izhan call aku macam harap hujan gula-gula turun kat bumi ni.”
Cidot masih lagi membatu.
“Tak faham ke?”
Cidot menggeleng.
“Okey… hujan gula-gula tu wujud ke?”
“Tak!”
Natalia senyum. “Aku tau Izhan takkan call aku… sampai bila-bila pun takkan ada!”
Walaupun pahit, dia paksa diri agar menerima hakikat itu.
Siapalah aku… “Tak mungkin wujud!”

Sinopsis:
Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.
Kalau Ada Jodoh merupakan sebuah novel yang penuh dengan plot humor, ada yang menyentuh perasaan dan tentunya akan menghiburkan pembaca sekelian.

Sinopsis:
Nama betulnya Amanina, namun dia lebih senang dipanggil N sahaja. Huruf N selepas M sebelum O dalam alfabet.
N terpaksa mengharungi keperitan hidup di dunia urban lagi kosmopolitan. Dia mencari keseronokan dalam dunia imaginasinya. Dalam dunia itulah, dia menjadi Cinderella. Kedamaian jiwa dirasai ketika terus melepak di stesen-stesen tren, tak kira komuter atau LRT.
N tak pernah menarik perhatian sesiapa jua, kecuali Eric, remaja kacukan berketurunan Cina campur India. Eric yang tampan itu, berwajah mirip jejaka Melayu.
Dalam mencari sesuatu yang indah, perasaan remajanya mula goyah apabila berkenalan pula dengan Zafran yang digelarnya Abang Z. Sangkanya juga dia sudah pun berjumpa dengan Prince Charming. Tetapi… sesuatu telah berlaku.
N cekalkan semangat dan terus berjuang untuk mencapai cita-citanya. Eric pula, yang kini sudah menjadi rakan baiknya, tak mahu terima N sekadar ‘teman tapi mesra’.

Sinopsis:
Aura Cinta menemukan anda kepada Azraai, lelaki Melayu bertubuh tegap lagi tinggi orangnya. Perjalanan hidupnya mula goyah bila pertama kali bersua dengan sesuatu yang dianggap aneh lagi pelik. Mengapa tiba-tiba saja dirinya teruja?
Pertemuannya dengan Aisya Hanan dan Cikgu Sally membuatkan jiwanya tercabar. Namun, dalam kekeliruannya, dia tidak dapat menepis kasih sayang Nurbaiti, gadis cantik lagi bijak, yang bukan hanya merupakan pilihan ibu, tapi gadis itu juga sudah lama taat menantinya. Malah dia mempunyai pakej lengkap sebagai calon isteri.
Novel ini juga menemukan anda dengan watak-watak menarik seperti Khairul, Johari, Anjang Sadang, Ijah, Serhan Aydin dan Irfan.
Anda akan dibawa mengembara ke alam realiti yang penuh fantasi lagi ilusi. Pengembaraan ke perkampungan Orang Asli di Kuala Lipis, Pahang, semestinya indah, penuh dengan keajaiban hutan tropika yang banyak misteri dan teka-teki. Panorama yang menarik dan adventurous akan membuat anda mahu terus berada dalam novel ini.
Pembaca juga akan dibawa ke Lembah Kelang dan negara Belgium. Sama-samalah bertemu dengan karakter-karakter yang semestinya membuat anda berkhayal sambil menimba ilmu yang padat dibekalkan penulis.
No comments:
Post a Comment