Novel Siri Pengembaraan Lala Zehan ini adalah hasil nukilan Adik Lala Zehan sendiri. Adik Lala, 14 memang amat bertuah kerana dikurniakan Allah SWT dengan kebolehan mengarang dengan idea dan imaginasi setanding penulis buku kanak-kanak yang lain.
Koleksi novel beliau ini amat sesuai untuk remaja awal yang berusia antara 9 - 14 tahun. Jika kita biasa membaca Nancy Drew, Hardy Boys, 5 Penyiasat, 7 Sekawan dan seumpamanya, maka Siri Pengembaraan Lala Zehan ini setanding buku-buku tersebut.
Dapatkan buku-buku ini untuk anak-anak remaja anda. TIDAK RUGI MENGHADIAHKAN ANAK BUKU. JADIKAN BUKU SEBAGAI HADIAH, BILA-BILA MASA.
LALA ZEHAN & SERANGAN LINTAH!
Harga: RM12.90
Sinopsis:
Lala dan Akmar berkawan baik, bagaikan isi dengan kuku. Maka, apabila Akmar mengajak LALA pergi bercuti ke Ladang Mata Kucing milik keluarganya, LALA tidak menolak. Tetapi, LALA terpaksa membawa adiknya Asha untuk turut serta.
Setibanya mereka di ladang itu, perangai Akmar tiba-tiba berubah. Bukan sahaja Akmar suka memerintah, tetapi gemar memperbodohkan mereka. Akhirnya, LALA mendapat peluang untuk membalas dendam.

Sedang mereka sibuk merancang hendak 'kena-mengena' satu sama lain, rupanya ladang itu mempunyai rancangan lain menanti mereka...

Harga: RM13.50
Sinopsis:
Lala dan Ari telah terpilih untukmengikuti keluarga ibu saudara mereka untuk mengembara ke negara Filipina.
Malangnya, dari saat mereka menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Manila, pelbagai halangan serta masalah telah datang menimpa. Tekanan semakin memuncak tatkala sepupu mereka mula berasa cemburu di atas layanan berlebihan yang diberikan oleh ibu bapa mereka kepada Lala dan Ari. Tekanan itu akhirnya meletup bagaikan volkano ketika salah seorang daripada mereka hilang di sebuah pusat membeli-belah di Manila.
Di sebalik kesibukan mengenali Filipina dan diri masing-masing, ada orang yang memerhatikan mereka dari jauh. Menanti saat terbaik untuk menyerang...

Harga: RM12.90
Sinopsis:
"Eleh... keluarga awak miskin. Rumah awak kecil. Kereta mak awak buruk. Manalah mampu nak pergi melancong ke mana-mana?"
Mata Ilmi terkebil-kebil apabila mendengar ejekan rakan sekolahnya. Sekembalinya dia di rumah, dia meluahkan isi hatinya kepada satu-satunya 'sahabat' yang amat dipercayainya, lalu berdoa.
Dengan kudratNya, doa Ilmi telah termakbul.
Malangnya, pengembaraan Lala dan keluarganya kali ini telah berakhir dengan tragedi. Apa yang telah terjadi? Sempatkah mereka menyelamatkan diri?
Buku-buku ini diterbitkan oleh ASF Industries Sdn Bhd, Melaka.
No comments:
Post a Comment