Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Thursday, May 28, 2009

Sekitar Pesta Buku

Assalamualaikum wbt. Kakchik agak keletihan akibat terlalu banyak berjalan di sekitar Bandar KB siang tadi atas beberapa urusan kerja & peribadi. Jadi... cukuplah sekadar kakchik berkongsi gambar-gambar ini di sekitar Pesta Buku & Komputer Pantai Timur 2009 yang sedang berlangsung sekarang ini.

Gambar-gambar diambil semasa pelanggan tiada kerana amat susah apabila gerai diserbu terutama oleh pelajar-pelajar sekolah.


Sebahagian besar novel remaja kami ialah terbitan PTS dan KarnaDya.


Kakchik mengabadikan kenangan di gerai. Tukang gambar amatlah amatur, banyak gegaran.


Buku-buku bersaiz kecil diletakkan di atas meja kaunter untuk tarikan pembeli ketika membayar.


Suasana gerai di waktu malam tidak begitu memberangsangkan.


Kami dimaklumkan pihak penganjur menyediakan 2 rak buku rupanya 2 rak majalah saja. Macam tertipu pulak rasanya. Kalau tahu tentu kami bawa rak kami seperti tahun-tahun sebelum ini.


Terpaksalah menggunakan apa yang ada untuk mempamerkan buku-buku kami. Tengoklah meja kaunter tu... itulah meja yang disediakan oleh penganjur. Saiznya 1/4 dari saiz meja yang biasa digunakan.


Entahlah... kali ni sewa tapak dinaikkan tapi ...


Ini suasana petang, ibu bapa dan anak-anak sedang berkumpul menantikan keputusan pertandingan mewarna.


Bahagian buku pra-sekolah pihak penganjur, kurang mendapat sambutan. Pengunjung lebih tumpu kepada buku akademik & peperiksaan.


Tahun ini jualan kami ada penurunan hampir 20%. Amat banyak tu... nampaknya kami kena buat post mortem selepas ni dengan SWOT agar kami dapat menilai di mana kelemahan kali ini.

Semoga Allah membantu kami dalam menyampaikan mesej perjuangan kami melalui perniagaan ini. Semoga kami juga mampu menjelaskan hutang-hutang yang tertunggak.

Monday, May 25, 2009

Pesta Buku & Komputer Pantai Timur 2009




Sekadar makluman.

Kami akan berada di GERAI NO. 13 isitu berdekatan tangga sebelah kiri naik ke pentas. Jumpa di sana ya! Jika inginkan DISKAUN yang mengancam, sila berkunjung ke gerai MARIBACA BOOKSTORE di Pesta Buku & Komputer Pantai Timur 2009.

Wednesday, May 20, 2009

Majalah Kompilasi


Sedia Melangkah ke Alam Baru
RM11.90



40 Minggu Nan Indah
RM8.90


NUR Seleksi 88 Ikatan Tudung
RM10.90

Saturday, May 16, 2009

Pesta Buku Kelantan 2009

Makluman.

Insya-Allah MariBaca akan turut menyertai PBK2009 yang akan berlangsung tak lama lagi. Berikut ialah maklumat lanjut berkenaan pesta ini.

TARIKH: 26 - 31 MEI 2009

MASA: 9.00 PAGI - 10.00 MALAM

TEMPAT: DEWAN BALAI ISLAM, KOMPLEKS ISLAM LUNDANG

MASUK PERCUMA.

Saturday, May 02, 2009

Si Biuku untuk Adik-Adik 7 - 10 Tahun

Assalamualaikum. Hanya tinggal beberapa set sahaja lagi!












Setiap naskah berharga RM7.90

Satu set ialah RM79.00

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails