Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Saturday, July 18, 2009

Mengemaskini Stok

Assalamualaikum para pengunjung MariBaca.

Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.

KakChik mohon maaf sebab agak lama tidak mengemaskini laman blog ini atas beberapa urusan yang penting.

Sekarang ini KakChik masih lagi sedang menghadapi peperiksaan pertengahan semester di OUM. Insya-Allah petang ini KakChik akan menduduki kertas peperiksaan yang terakhir.

Selain itu kami di MariBaca baru sahaja selesai mengira stok buku PTS yang perlu dipulangkan dan alhamdulillah pada hari Khamis lepas sebanyak 4 buah kotak buku telah pun selamat dikirim ke Batu Caves melalui Syarikat Pengangkutan SPY.

Kali pertama membuat pemulangan buku memang banyak yang perlu KakChik pelajari. Nasib baik pihak PTS terutama Kak Tun di bahagian Akaun sangat bermurah hati membantu KakChik selama ini. Terima kasih Kak Tun.

Insya-Allah tidak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelma dan MariBaca akan mengadakan satu JUALAN ISTIMEWA sempena bulan yang mulia tersebut.

Nantikan apa yang istimewa yang bakal menemui kalian di MariBaca.

Hingga bertemu lagi, KakChik mohon kalian doakan KakChik cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

Terima kasih semua.

Saturday, July 04, 2009

Sekitar Gerai di Hari Terbuka OUM Kelantan

Assalamualaikum para pengunjung blog MariBaca. Semoga kalian semua dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Sebagaimana yang kalian tahu, hari ini kakchik berada di tapak gerai sempena Hari Terbuka OUM Kelantan.

Oleh kerana kakchik agak letih maka kakchik akan tinggalkan kalian dengan beberapa keping gambar semasa di gerai siang tadi.


Khemah OUM - pengunjung dijemput mendaftar sebagai pelajar OUM dengan beberapa keistimewaan seperti pengecualian yuran proses dan sebagainya.


Suasana di gerai kami. Adik sudi membantu kakchik - alhamdulillah, nasib baik hari ni dia cuti, senang sikit kerja kakchik. Terima kasih Dik.


Antara pelanggan yang awal.


Mengambil peluang bergambar sebaik selesai menyusun-atur buku.


Kakchik pun mesti mahu merakamkan kenangan.

Syukur ke hadrat Ilahi, walaupun pengunjung tidak seramai di pesta buku tapi jualan kami agak laris. Ada sedikit keuntungan dan bolehlah kami melunaskan baki hutang dengan penerbit buku.

Terima kasih OUM kerana telah memberikan kami peluang untuk menjadi peserta pameran. Terima kasih juga atas cenderahati yang diberikan.


Cenderahati dari OUM.


Ketua Pendaftar OUM, Pn. Kamariah Mohd. Nor datang dari KL dan diminta menyampaikan hadiah kepada para peserta gerai pameran-jualan. Sebenarnya dialah yang menghantar surat tawaran Dermasiswa Dekan kepada kakchik.

OUM, tahun depan jemputlah lagi ya.

Friday, July 03, 2009

Menyertai Hari Terbuka OUM Kelantan



Assalamualaikum semua. Sekadar makluman. Insya-Allah MariBaca akan menyertai Hari Terbuka OUM Kelantan yang julung kali diadakan. Kami telah menerima jemputan dari pihak OUM untuk membuka gerai sempena program tersebut. Terima kasih OUM kerana memberi kami peluang yang bermakna ini. Tambahan pula kakchik sendiri adalah pelajar Sem 8 kursus DECE di OUM.

Walaupun agak terlewat makluman ini tapi kakchik INGIN MENJEMPUT PARA PENGUNJUNG MARIBACA TERUTAMA YANG BERADA DI KELANTAN KHUSUSNYA DI KOTA BHARU untuk sama-sama berkunjung ke OUM Kelantan esok. Makluman penuh program ada dalam gambar di atas.


Pagi tadi kakchik telah menghadiri sesi taklimat yang diadakan oleh Dato' Pengarah sendiri mengenai program esok. Sebelum balik kakchik sempat melihat tapak gerai yang masih dalam persiapan.

JUMPA DI OUM ESOK YA!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails