Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Friday, September 18, 2009

Salam Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM RAMADHAN kepada semua pengunjung blog MARIBACA BOOKSTORE.

Kedai kami akan ditutup bermula hari ini, 18/09/09 hingga 23/09/09. Jika tiada aral maka kedai akan dibuka seperti biasa pada 24/09/09.

Sempena Ramadhan yang bakal meninggalkan kita tak lama lagi, kami di MARIBACA ingin mengucapkan SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAH PUASA dan MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430.

Semoga anda semua mendapat banyak keberkatan dari Allah SWT sepanjang menjalani ibadah puasa dan akan bergembira merayakan kemenangan masing-masing dalam melawan nafsu.

Semoga anda sentiasa selamat di mana saja berada.

Dengan itu kami MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN di atas setiap kekurangan kami di MARIBACA sama ada dalam menguruskan pesanan anda dan sebagainya. MAAFKAN KAMI.

2 comments:

  1. salam lebaran Kak Chik
    baru kini berkesempatan ke sini.

    ReplyDelete
  2. ummu Masyitah - salam lebaran kembali. terima kasih ya sudi juga singgah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails