Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Wednesday, October 07, 2009

Makluman : Kemaafan dari kami.

Assalamualaikum kepada semua pengunjung dan pelanggan-pelanggan MariBaca.

Sudah agak lama kakchik tidak berjaya mengemaskini blog MariBaca atas sedikit kesilapan teknikal ke atas setting blog ini. Alhamdulillah sekarang kesilapan tersebut telah pun diperbetulkan dan insyaallah, kakchik akan cuba mengemaskini blog ini dengan beberapa maklumat terkini dan jualan-jualan buku yang lebih menarik di akhir-akhir tahun ini.

Untuk makluman semua, MariBaca mungkin akan berpindah ke lokasi baru bermula tahun hadapan kerana kami menghadapi beberapa masalah di lokasi sekarang. Perpindahan tersebut adalah untuk memberi keselesaan kepada para pelanggan dan juga untuk meluaskan lagi bidang jualan buku-buku kami.

Kakchik harap para pelanggan boleh membantu kami dengan mendoakan agar usaha kami dan proses perpindahan ke lokasi baru di tempat yang lebih bagus akan berjalan dengan lancar.

Sebelum kami berpindah sepenuhnya, insyaallah satu jualan besar-besar, MOVING OUT SALES akan diadakan. Tarikhnya akan kakchik maklumkan tidak lama lagi, insyaallah.

Sehingga itu kakchik mohon maaf sekali lagi di atas kelemahan kakchik menguruskan blog ini dan juga MariBaca.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails