Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Tuesday, November 17, 2009

Jualan Sempena Konvokesyen Tadika

Assalamualaikum semua.
Rasa macam lama juga kakchik tak kemaskini blogshop MariBaca dengan maklumat terkini.
Oleh kerana sekarang ni kakchik perlu membahagikan masa di antara dua cabang bisnes, kakchik akan pastikan laman ini dikemaskini.
Untuk makluman semua, Jualan Penghabisan Stok telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2009. Jadi kepada sesiapa yang masih ingin mendapatkan buku-buku pada harga diskaun antara 30-60 peratus, silalah berkunjung ke MariBaca.
Musim cuti sekolah pun akan bermula beberapa hari saja lagi. Elok benarlah kalau masa anak-anak diisi dengan aktiviti berfaedah seperti membaca.
Jomlah ke MariBaca!
Kami juga telah menerima jemputan membuka gerai jualan sempena Majlis Konvokesyen untuk dua buah tadika iaitu Tadika Intelek Maryam dan juga Tadika Kids Excel (nama baru kakchik lupa). InsyaAllah kedua-duanya pada hari Jumaat ini dan syukur alhamdulillah ianya dibuat di hotel yang sama.
Pengusaha kedua-dua tadika tersebut ialah pelanggan tetap MariBaca. Terima kasih kepada Puan Hesselin Surialis dan Puan Misra di atas jemputan tersebut.
Gerai kami akan berkongsi tapak dengan Abaya Elegan jadi sekiranya anda mempunyai masa pada hari tersebut, jemputlah ke Hotel New Pacific, KB untuk membeli buku atau pun abaya.
Di musim haji ni sesuai sangat kita menambahkan lagi ilmu dan juga memakai abaya agar lebih terasa seperti berada di tanah suci Mekah.
Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails