Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Tuesday, November 23, 2010

Makluman: Cheng Ho Expo

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bagi pihak MariBaca, kakchik mohon berbanyak kemaafan jika email dan mesej anda lambat dibalas. Ini berikutan kami membuka gerai pameran-jualan sempena program di atas sehingga 26hb nanti.

Penghantaran bungkusan juga akan dilakukan selepas program ini selesai.

Jika ada kelapangan masa, kakchik akan usahakan penghantaran dibuat seawal mungkin dalam minggu ini.

Harap maklum dan harap maaf.

Kakchik
Pengurus
MariBaca Bookstore

Saturday, November 20, 2010

Buku Islam In Rhymes - SOLD OUT

Oleh Adlina Alaudin
Assalamualaikum dan Eid Said kepada semua pengunjung blogshop MariBaca.
Alhamdulillah kami sangat-sangat bersyukur bila dapat berkenalan dengan seorang penulis buku kanak-kanak yang sangat berbakat. Buku beliau di atas insyaallah boleh menandingi buku-buku kanak-kanak Islam yang diterbitkan di luar negara.

Buku ini amat sesuai untuk bayi hingga usia tadika. Mungkin hingga Tahun 3 pun masih sesuai sebab kandungannya begitu bagus untuk mendidik akhlak mulia dan amalan sunnah di kalangan kanak-kanak.

Mari kita lihat beberapa halaman di dalam buku ini.


Baguskan isi kandungannya?
Anda boleh memiliki buku ini pada harga RM15.00 termasuk kos penghantaran.
Stok adalah terhad, maka order segera.

Saturday, October 30, 2010

Saturday, October 09, 2010

KAD IMBASAN JAWI DAN ARAB - SOLD OUT

KAD IMBASAN JAWI, RM16.90 SEKOTAK

BAHAGIAN BELAKANG KOTAK. 
Jika anda mahukan KAD IMBASAN BAHASA ARAB, kami ada BANYAK stok.

KAD IMBASAN ARAB, RM13.90 SEKOTAK

ARAHAN DITULIS DALAM BAHASA INGGERIS.

STOK BARU SAMPAI. Jika anda mahukan kad imbasan untuk membantu proses pembelajaran anak-anak anda yang berusia 3 - 6 tahun, gunakanlah kad imbasan. Banyakkan aktiviti belajar melalui bermain sewaktu anda bersama mereka di rumah atau di taman.

Email segera untuk membeli.

Tuesday, September 21, 2010

Menyertai Karnival Kesihatan


Makluman.
Insyaallah kami akan menyertai program di atas selama 2 hari.
Jemputlah ke gerai kami untuk mendapatkan buku-buku menarik dan juga abaya-abaya cantik dari timur tengah pada harga diskaun.

Jumpa di sana!

Wednesday, September 08, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

ASSALAMUALAIKUM WR WBT.



Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba tak lama lagi, kami di MARIBACA BOOKSTORE ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan ingin memohon MAAF ZAHIR dan BATIN dari semua pelanggan kami. Sudah pasti sepanjang kita berurusniaga, ada salah-silap di pihak kami sebagai penjual.

Semoga Allah mengampuni kita di hari mulia nanti.

MARIBACA akan bercuti bermula 10 September hingga 14 September.

Harap maklum.

Friday, August 20, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

Etnik tanpa identiti pertuturan




ANAK-ANAK Maya Sabti lahir dan dibesarkan di Lebanon. Malangnya, mereka tidak fasih bertutur apatah lagi lancar membaca buku-buku dalam bahasa Arab iaitu bahasa ibunda mereka sendiri.

“Saya berusaha memikat hati mereka supaya mencintai bahasa kebangsaan. Tapi apakan daya ini bukan salah mereka kerana telefon bimbit, Facebook dan filem di sini terdedah pada bahasa Inggeris,” ujar Sabti mengenai anak-anaknya yang berusia di antara lapan hingga 10 tahun yang fasih berbahasa asing berbanding bahasa rasmi.

Bahasa Arab merupakan bahasa rasmi di Lebanon, namun bahasa tersebut masih kurang digunakan.

Sebaliknya negara yang mempunyai 83 peratus etnik Arab itu lebih selesa menggabungkan bahasa Perancis dan Inggeris. 

Lama-kelamaan bahasa ibunda mereka pupus begitu sahaja. Secara tidak langsung generasi negara yang mengecapi kemerdekaan pada 26 November 1941 itu terus melupakan bahasa Arab begitu saja.

Buktinya, dua tahun lepas dunia menyaksikan golongan muda Lebanon semakin rancak berbual menggunakan bahasa asing dalam pertuturan seharian.

Penghijrahan

BBC News melaporkan tiada fakta yang jelas bilakah masyarakat Lebanon mula terdedah pada bahasa asing. Namun banyak pihak berpendapat penggunaan bahasa Perancis disebabkan legasi pemerintahan kolonial Perancis manakala bahasa Inggeris pula kerana pengaruh Barat.

“Penghijrahan anak-anak muda ke luar negara semakin meningkat. Apabila kembali ke Lebanon mereka bertutur menggunakan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Jadi inilah keprihatinan utama kami,” jelas Sunzanne Talhouk, 33, penyair Lebanon yang mengetuai Feil Amer.

Feil Amer merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun lepas. Matlamat kumpulan itu ialah untuk mengembalikan penguasaan bahasa Arab di kalangan rakyat Lebanon.

“Jika kita hilang bahasa ibunda bermakna kita kehilangan identiti dan matlamat kebangsaan,” kata Talhouk.

Mengimbau sejarah bahasa Arab, bahasa tersebut dipercayai telah digunakan oleh 280 juta orang di negara-negara Asia Barat dan Afrika Selatan. Cuma dialek dan pertuturan saja yang berbeza di setiap negara.

Namun, perbezaan tersebut sedikit pun tidak mempengaruhi pembacaan dan penulisan dalam bahasa Arab.

Meskipun bahasa Arab dipilih sebagai bahasa rasmi di Lebanon tetapi masyarakat tempatan lebih berbangga menguasai bahasa Perancis dan Inggeris dengan baik. 

Mereka juga sentiasa mencampuradukkan tiga bahasa sekali gus seperti, “Hi kifak, ca va?” yang bermaksud Hai, apa khabar?. 

Perkataan hi itu jelas merujuk pada bahasa Inggeris, kifak (bahasa Arab) manakala ca va itu pula bahasa Perancis. Sapaan sedemikian semakin popular sehingga dijadikan hiasan pada baju-T dan cawan yang dijual di kedai-kedai cenderamata di Lebanon. 


IBU bapa di Lebanon cenderung menghantar anak-anak ke sekolah aliran Perancis dan Amerika.


“Bukan salah kami. Sejak kecil lagi saya dididik dengan bahasa Perancis sehingga ke sekolah menengah manakala bahasa Inggeris dikuasai sewaktu belajar di universiti.

“Saya tidak berpeluang mendalami bahasa Arab kerana keluarga tidak bertutur menggunakan bahasa itu dan televisyen, radio serta papan tanda semuanya menggunakan bahasa Inggeris,” luah Andrew menerusi blog yang membincangkan topik bahasa Arab dan bahasa Perancis di Lebanon.

Luahan Andrew itu ada benarnya kerana inisiatif pelbagai pihak memupuk masyarakat terutamanya kanak-kanak menggunakan bahasa Arab dilihat semakin rumit.

Trend pada hari ini memperlihatkan kebanyakan aplikasi moden seperti laman web Facebook dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) menggunakan bahasa Inggeris, bukannya bahasa Arab.

Menurut Penolong Setiausaha Beirut, Asas Arab, Mounira al-Nahed, masyarakat pelbagai agama dan etnik-etnik di Lebanon begitu terbuka menerima bahasa asing. Bahkan, pelancong asing ke Lebanon juga kebanyakannya lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Dalam pada itu Al-Nahed turut menyalahkan ibu bapa yang bertutur dengan anak-anak menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris di rumah. Bahkan, ramai yang menyifatkan bahasa Arab boleh dipelajari pada bila-bila masa dalam tempoh yang singkat. 

“Kita sudah sampai pada tahap yang mengecewakan apabila ramai di kalangan anak-anak muda di Lebanon berasa malu berbahasa Arab,” ujar Al-Nahed.

Al-Nahed menyalahkan teknik pembelajaran di sekolah yang tidak menggalakkan kanak-kanak bertutur dalam bahasa Arab dan membuatkan bahasa itu kelihatan bodoh dan kompleks untuk dipelajari.

Semai rasa cinta.

Atas faktor tersebut, Talhouk dan kumpulannya, Feil Amer mendapat idea untuk melakukan perubahan.

Pada fasa awal, mereka mengunjungi beberapa buah institusi pengajian terlebih dahulu untuk melihat cara pembelajaran pelajar. Apabila diminta membaca huruf-huruf Arab kebanyakan pelajar hanya mampu membaca lima huruf yang terawal saja.

LEBANON giat menggalakkan generasi mudanya mempelajari bahasa Arab.


“Sudahlah tidak tahu membaca ABC dalam bahasa Arab malah mereka mempersoalkan mengapa mereka perlu mempelajari bahasa itu dan bagaimanakah bahasa Arab dapat membantu aktiviti harian mereka?,” luah Talhaouk dalam nada kecewa.

Sehubungan itu dalam usaha menyemai perasaan sayang pada bahasa ibunda tercinta, kumpulan Feil Amer mengambil inisiatif menganjurkan festival bahasa Arab. Festival yang bertemakan We are our language telah berlangsung di Beirut dalam suasana ceria dan menyeronokkan.

Para pengunjung bukan sahaja terhibur dengan persembahan muzik malah berpeluang membelek koleksi buku dan naskhah sastera berasaskan bahasa Arab. Dalam pada itu pihak penganjur festival turut menampal poster kempen yang tertera: Jangan bunuh bahasa anda dan Ajar anak-anak bertutur dalam bahasa Arab.

“Kami memerlukan lebih banyak aktiviti seperti ini. Saya berharap ia dapat membantu golongan muda bahawa mereka mempunyai bahasa ibunda yang cantik. Mereka wajar melindungi bahasa tersebut sebelum ia hilang dan pupus ditelan zaman,” tambah Sabti.

Kepada seorang pelajar, Youssed Dakhil, 20, dia menyifatkan masalah itu berpunca daripada kurangnya semangat jati diri di kalangan masyarakat Lebanon.

“Malangnya, kami menggemari semua barangan dan perkara yang diimport dari luar termasuklah bahasa asing,” ujarnya.

Disalin dari: Kosmo Online

Thursday, August 19, 2010

Setiap Sabtu Ada Sale

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua.

Sekadar makluman, pada setiap hari Sabtu, MARIBACA mengadakan jualan murah khusus untuk pembaca blog, follower dan ahli Kelab MariBaca.

Datanglah ke kedai dan perkenalkan diri anda serta beritahu staf kami dari mana anda tahu pasal SALE ini.

Kami menawarkan diskaun sehingga 50% untuk item terpilih.

Dan jika anda juga meminati pakaian sunnah seperti abaya untuk kaum wanita, anda boleh melihat atau membelinya di MARIBACA.


Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!


Jangan sia-siakan peluang ini!

Thursday, August 05, 2010

Buku Panduan Untuk Buat Duit

Assalamualaikum.

Bersaiz kecil, senang dibawa ke mana-mana.

Harga antara RM16.90 - RM17.90

Dapatkan sekarang sementara stok masih ada!

Tuesday, August 03, 2010

Tempahan Dibuka!

Assalamualaikum. 
Kepada ibu bapa atau sesiapa saja yang mahukan buku menarik untuk merangsang minda dan minat membaca anak-anak sejak bayi, inilah buku-buku yang sesuai.

Mommy Hugs (Board Books), RM35.00
Daddy Hugs (Board Books), RM35.00
Counting Kisses (Board Books), RM35.00
Where Is Baby's Belly Button? (Board Books), RM27.00
Where Is Baby's Mommy? (Board Books), RM27.00
Daddy And Me (Board Books), RM30.00

TEMPAHAN dibuka sekarang hingga 15hb Ogos 2010.

Email hanniaziz@yahoo.com untuk membuat tempahan.

Monday, July 19, 2010

Sticker menarik untuk insentif anak-anak dalam akhlak dan pelajaran






Hanya RM3.50 sekeping

10 keping hanya RM30.00

Ada BANYAK pilihan lagi. Gambar akan dimuat-naik kemudian. Insyaallah.

Kakchik suka hadiahkan satu sticker bila anak-anak saudara kakchik membuat satu kebaikan. Bukan sekeping tu tapi hadiahkan satu demi satu asalkan mereka rajin membuat kebaikan. Alhamdulillah, nampaknya insentif sebegini untuk galakan anak-anak tadika berakhlak mulia agak berjaya.

Wednesday, July 14, 2010

Buat Duit Dengan Bisnes Taska & Tadika

Buku panduan yang kecil ini sangat sesuai sebagai rujukan.

Assalamualaikum semua.
Hari ni kakchik nak promosikan dua buah buku panduan untuk sesiapa saja yang mahu membuat duit melalui bisnes taska (taman asuhan kanak-kanak) atau tadika (taman didikan kanak-kanak). 
Para usahawan pendidikan awal kanak-kanak, buku ini sangat diperlukan anda.
Walaupun sudah mempunyai taska atau tadika sendiri atau baru memulakan perancangan untuk membuka taska atau tadika, anda memerlukan buku ini.
Dapatkannya dari MariBaca dengan diskaun 18% senaskah.

Sementara Stok Masih Ada.

Sunday, July 11, 2010

Dapatkan buku terbaik terbitan PTS di MariBaca !

Untuk gambar lebih jelas, klik di atas imej.

Diskaun istimewa 18 % hingga 30 Julai 2010.

Sementara Stok masih ada.

Monday, June 28, 2010

Tak Terliurkah Bila Lihat Buku-Buku Ini?

Ini adalah hasil belian kakchik dari kedai sendiri.
Nak buat macamana kan?
Kalau mahu membacanya mestilah kena beli juga.
Bukannya senang-senang mengambilnya dari kedai sendiri.
Terlalu banyak buku yang menarik hinggakan kakchik rasa mahu mempunyai satu naskah bagi setiap tajuk. Kalaulah duit ada berguni-guni.

Jom kita membaca di mana-mana saja.

Makluman: Perubahan Waktu Operasi

STICKY POST. SILA SKROL KE BAWAH UNTUK POST TERKINI.

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua pencinta buku dan ahli Kelab MariBaca.

Sedikit makluman mengenai waktu operasi MariBaca Bookstore.

Bermula hari Sabtu 29hb Mei ini (Hari Wesak), kami akan beroperasi selama 6 hari seminggu dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Hari cuti bagi kami ditukar dari hari Ahad kepada hari Jumaat.

Insyaallah dengan perubahan ini, kami mengharapkan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami.

Kepada AHLI MARIBACA, bulan JUN ini kami akan mempromosi NOVEL-NOVEL DEWASA dan NOVEL REMAJA dengan DISKAUN 18%.

Jemput ke MariBaca untuk membuat pilihan terbaik. Jangan lupa bawa KAD AHLI anda!

Wassalamualaikum.

Tuesday, June 08, 2010

Saturday, June 05, 2010

Pelajar Malaysia kurang membaca buku

Pelajar Malaysia kurang membaca buku



KUALA LUMPUR - Tabiat membaca buku di kalangan pelajar Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding pelajar di negara-negara maju, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Katanya, walaupun laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kadar celik huruf rakyat Malaysia adalah 93.2 peratus dan antara tertinggi di Asia Tenggara, kebanyakan rakyat lebih gemar membaca bahan-bahan ringan seperti surat khabar dan majalah.

"Pada pendapat saya, berdasarkan tabiat membaca di kalangan pelajar pada ketika ini, Malaysia akan mengambil masa yang panjang untuk bersaing menjadi masyarakat berjaya seperti Jepun," katanya selepas merasmikan kempen Read Malaysia '10 di sini semalam

Dipetik dari Kosmo! Online 5 Jun 2010


Komen MariBaca: Nampaknya kami kena kerja lebih kuat lagi untuk mengajak rakyat negara ini mencintai ilmu dan buku agar mereka minat membaca sepanjang hayat.

Saturday, May 29, 2010

Novel Remaja PTS

Harga: RM 17.00 / RM 19.00
ISBN-13: 978-967-5406-53-9 
Tarikh Terbit: 19 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 352

Harga: RM RM14 / RM RM16
ISBN-13: 978-967-5137-65-5 
Tarikh Terbit: 14 Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 248

Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-5226-67-0 
Tarikh Terbit: 2 Nov 2009
Jumlah Muka Surat : 208

Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-983-3892-64-8 
ISBN-10: 978-983-3892-64-8
Tarikh Terbit: 18 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 264

Harga: RM 13.50 / RM 15.50
ISBN-13: 978-967-5226-19-9 
Tarikh Terbit: 26 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 148

Friday, May 07, 2010

Jualan Sempena Hari Pekerja 15% - 20%

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jualan Murah! Jualan Murah!

Sempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2010, MariBaca menawarkan Jualan Murah Istimewa.

Bermula 1 Mei - 7 Mei 2010. SEMINGGU SAHAJA.

Diskaun 15% - 20% untuk SETIAP PEMBELIAN.

Terbuka untuk kategori berikut sahaja:

  • Buku Keagamaan
  • Buku Motivasi
  • Buku Bisnes & Pengurusan
  • Novel Dewasa
  • Buku Wanita & Kekeluargaan
Rebutlah peluang KEEMASAN ini! Hanya SEMINGGU sahaja!

Bukan mudah nak dapat diskaun 15% - 20%.

Thursday, April 29, 2010

Novel Islami Pengubat Rindu

oleh Kusyi Hirdan
Harga: RM 18.00 / RM 20.00

oleh Nurul Aini K. Azhari, Aimi Nabihah Mohamad
Harga: RM 16 / RM 18

oleh A. Ubaidillah Alias
Harga: RM 18 / RM 20

oleh Taufiqurrahman al-Azizy
Harga: RM 16 / RM 18

oleh Vanny Chrisma W.
Harga: RM 16.00 / RM 18.00






Buku Bacaan Minda dan Iman

oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali
Harga: RM 20.00 / RM 22.00

oleh Dr. Mohammad Ali Toha
Harga: RM RM10.90 / RM RM12.90

oleh Syamsuddin Noor
Harga: RM 14.90 / RM 16.90

oleh Muhammad Abd. Syukur, Muhammad Muslih Aziz, Muhammad Syamsul Yakin
Harga: RM 11.90 / RM 13.90

oleh Mahmudin Abdullah
Harga: RM RM10.90 / RM RM12.90






Sunday, April 18, 2010

Sayembara Menulis Novel Humor


PTS Menganjurkan Sayembara Menulis Novel Humor


HADIAH
Hadiah Pertama: RM 5,000.00
Hadiah Kedua: RM 2,500.00
Hadiah Ketiga: RM 1,500.00
2 Hadiah Saguhati : RM 500.00 setiap satu.
SYARAT PENYERTAAN SAYEMBARA
1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia sama ada bermastautin di Malaysia atau tidak kecuali staf PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikatnya.
2. Tema sayembara ini adalah bebas namun hendaklah tidak menyentuh unsur-unsur politik yang keterlaluan, dan unsur-unsur moral yang kurang sesuai dengan budaya masyarakat majmuk Malaysia amnya.
3. Karya juga hendaklah menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.
4. Panjang manuskrip bagi novel humor mestilah tidak kurang daripada 40,000 patah perkataan.
5. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris dan berjilid kemas.
6. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu manuskrip namun setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
7. Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah.
8. Nama dan alamat peserta TIDAK BOLEH tertera pada manuskrip yang dikirim.
9. Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli serta belum pernah tersiar/diterbitkan oleh mana-mana pihak.
10. PTS berhak menerbitkan manuskrip yang memenangi sayembara ini. Namun, bagi karya yang tidak memenangi hadiah layak dipertimbangkan untuk diterbitkan sekiranya bersesuaian.
11. PTS akan melantik mana-mana panel hakim yang difikirkan layak menghakimi sayembara ini. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
12. Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan, iaitu pada 30 September 2010 dan dihantar kepada alamat yang berikut:

Urus Setia,
Sayembara Menulis Novel Humor PTS,
PTS Fortuna Sdn. Bhd.
12 & 12A, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-6188 0316
Faks: 03-6189 1316
ataupun e-mel: ptsfortuna@pts.com.my / syafiq@pts.com.my

Saturday, March 27, 2010

Tuesday, March 16, 2010

Kelab MariBaca

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah bertemu lagi kita di kali ini. Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.

Insyaallah malam ni kakchik ingin memaklumkan satu berita gembira iaitu, blog MariBaca Bookstore kini telah mempunyai Kelab MariBaca di facebook.

Ini ialah kotak penyertaan bagi sesiapa yang berminat:


Kelab MariBaca on Facebook

Kakchik menjemput kalian semua terutama peminat2 buku untuk menjadi ahli Kelab MariBaca ini. Silakan menyokong usaha penambaikan perkhidmatan MariBaca Bookstore di alam maya.

Wassalam.

Wednesday, March 10, 2010

Pesta Buku KL 2010


Makluman istimewa bagi sesiapa yang belum mengetahui akan perkara ini.
Insyaallah kakchik merancang untuk ke PBAKL selama 3 hari tapi tarikhnya belum diputuskan.
Jom, kita sama-sama ke sana!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails