Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Sunday, January 31, 2010

Novel Jemari Seni

 

Novel-novel menarik terbitan Jemari Seni.
Antara yang bakal kami dapatkan ialah:

 
  
  
  
Ini sebahagian sahaja. InsyaAllah kakchik sedang menyediakan senarai untuk menempah buku-buku ini dari Jemari Seni. Peminat-peminat JS di Kota Bharu bolehlah mendapatkan buku-buku di MariBaca tidak lama lagi.

Gambar-gambar dari laman web Jemari Seni

Thursday, January 28, 2010

Masih ada 2 set buku BAWAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog MariBaca. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera barulah kita mempunyai keupayaan untuk memperuntukkan sedikit masa untuk membaca.

Hari ini kakchik cuma ingin memaklumkan kepada semua bahawa stok buku Program Bacaan Awal (BAWAL) yang terakhir masih ada 2 set sahaja lagi. Selebihnya bukan lagi set yang lengkap. Buku BAWAL ni didatangkan khas di dalam beg yang cantik, kompak dan senang dibawa ke mana-mana sahaja.

Ianya mengandungi 50 buah fiksyen dan bukan fiksyen dan 3 buah buku panduan untuk ibu bapa atau guru. Sangat-sangat sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 7 tahun.

Kakchik menggunakan buku-buku dalam set BAWAL ini untuk aktiviti galakan membaca iaitu READ ALOUD SESSION mengikut kaedah yang popular di luar negara iaitu bercerita dengan menggunakan buku yang menarik.

Antara buku yang terdapat di dalam set BAWAL ini ialah seperti contoh di bawah:

kulit depan
 
contoh kandungan buku

Buku ini memerlukan penjagaan yang rapi dan pemantauan semasa digunakan bersama anak-anak kecil kerana ia dibuat dari bahan yang mudah koyak. Sebab itu digalakkan ibu bapa atau guru membacakan buku ini kepada anak-anak bukan terus dibiarkan anak-anak memegang dan bermain dengan buku-buku ini. Barulah sedikit demi sedikit hasrat untuk mendidik anak minat membaca akan berkesan.

Harga ialah RM250.00 tanpa diskaun kerana ianya telah diturunkan 50% dari harga asalnya.
Jika berminat, sila hubungi segera!

Sunday, January 24, 2010

Hanya RM10.00

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Bertemu sekali lagi.

Untuk makluman, kami sedang cuba menghabiskan stok buku-buku di bawah ini. Walaupun harganya melebihi RM10.00 kami hanya akan menjualnya pada harga RM10.00 sahaja.

Beli 5 buah, pos adalah PERCUMA!

Dapatkan segera sementara stok masih ada.








Berubah wajah lagi

Assalamualaikum dan salam hujung minggu kepada semua peminat buku dan juga penggemar MariBaca. Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi blog ini.

Sekadar makluman kepada semua, mulai hari ini kami sekali lagi menukar template blog untuk menjadikan ianya lebih kemas dan menarik. Sesuai dengan tahun baru dan juga perpindahan kami ke lokasi baru.

Doakan bisnes MariBaca berkembang maju agar cita-cita kami untuk melihat lebih ramai masyarakat tempatan menjadi ulat buku akan berjaya.

Jika anda di Kota Bharu, jemputlah berkunjung ke kedai baru kami di alamat berikut:

MARIBACA BOOKSTORE
Lot 3-19, Kota Sri Mutiara
Jalan Sultan Yahya Petra
15150 Kota Bharu
Kelantan.

Mulai tahun ini kami akan membuka KEAHLIAN untuk anda mendapat keisitimewaan sebagai peminat dan penyokong kami.

Wassalam.

Wednesday, January 20, 2010

Bahan promosi sempena pembukaan

papan tanda yang baru

backdrop untuk diletak di belakang kaunter

kad ahli yang bakal dilancarkan

banting untuk diletakkan di depan lif dan pintu utama

Monday, January 11, 2010

Pizza In His Pocket - SOLD OUT



ISBN :8178981270
Author :Jawwad Abdul Rahman
Publisher :Goodword Books
Price: RM10.90
Page :24
Binding : Paperback

Description from the publisher :
This book teaches children about being thankful to Allah for what they have and sharing with others, through a funny story about a boy who loves to eat. Wherever in the world the boy goes, he eats something different. Whether its gyros made in Cairo or bon bons on a beach in the Bahamas, this book will help your kids learn
and laugh. The book also teaches children Islamic values like sharing, loving your family and being brave through playful, entertaining stories that often rhyme and are great to read out loud.

Monday, January 04, 2010

Berkemas dan memunggah barang


 
 
 
 
 
 

Tanggal 2 Jan 2010 kami akhirnya memulakan proses perpindahan kami dari Lot 1089/2 ke lokasi baru di Lot 3-20, Kota Sri Mutiara. Bayangkan betapa sukar dan beratnya kerja-kerja berpindah ini bila dilakukan sendiri. Allahu Akbar! Tentu orang yang biasa berpindah akan tahu betapa penatnya pengalaman ini.

Selamat tinggal Lot 1089/2 dan selamat datang Lot 3-20.

Saturday, January 02, 2010

Pindah

Assalamualaikum kepada semua pengunjung dan pelanggan MariBaca. Semoga semuanya sentiasa mendapat limpah rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT.

Terlebih dahulu kakchik mohon maaf banyak-banyak sebab blog MariBaca dibiarkan terbengkala buat beberapa ketika. Sebenarnya kakchik terlalu sibuk dengan pelbagai urusan di saat akhir 2009 hinggalak ke hari ini.

Mohon maaf juga kepada semua yang menghantar SMS dan email membuat pesanan buku, VCD dan sebagainya. Semua pesanan ada yang sedang diproses dan ada yang belum diproses kerana secara agak tergesa-gesa kami perlu berpindah ke lokasi baru.



Kakchik harap kalian memberi kami masa dalam bulan Januari ini untuk menyelesaikan urusan di lokasi baru hinggalah kami boleh beroperasi seperti biasa mungkin dalam minggu ke-3 nanti. InsyaAllah semua order akan diselesaikan secepat mungkin.

Sekarang ni kedai masih belum berkemas kerana petang ini baru kami akan memindahkan semua rak dan kotak-kotak. Kali pertama berpindah lokasi memang amat membebankan mental dan fizikal. Tapi demi masa depan yang lebih cemerlang, kami perlu berpindah.

InsyaAllah bila masanya kedai akan dibuka dengan rasmi, kakchik akan maklumkan di sini dan menjemput kalian semua menghadiri pembukaannya.

Terima kasih kerana mempercayai kami.

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails