Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Thursday, February 25, 2010

Alhamdulillah... selesai akhirnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Sekadar makluman kepada semua, alhamdulillah petang tadi kedai buku MariBaca telah selesai mengadakan jamuan khas untuk merasmikan pembukaan kedai di tempat baru.

Walaupun acara diadakan secara santai sahaja, tapi kakchik bersyukur kerana ianya hampir menepati sasaran majlis. Alhamdulillah.

Di sini kakchik sebagai pemilik MariBaca Bookstore, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir menjamu selera di MariBaca petang tadi.

Untuk tatapan bersama, inilah sebahagian gambar yang sempat kakchik rakamkan di awal majlis. 

 
Antara teman blogger yang juga pelanggan setia MariBaca. 

Terima kasih kepada Kak Misra yang paling awal sampai, Ayu bersama 2 puterinya yang comel, Kak Lind peminat setia dan Ni'mah yang tabah kerana sudi hadir memberikan sokongan.

Hidangan untuk tetamu: 3 jenis kek keju, makaroni sup, bihun goreng udang, 3 jenis pizza, teh o, oren twister, snek dan gula-gula

Terima kasih juga kepada jiran-jiran dari kedai-kedai bersebelahan, kakitangan SSM dari tingkat 2 dan tingkat 3 terutama Tuan Pengarahnya, En. Hairul Anuar, pekerja kedai-kedai di tingkat 1 dan 2 Kota Sri Mutiara dan pihak Eastern Biscuit Sdn Bhd (pemilik bangunan) yang sudi menyediakan kerusi untuk jamuan petang tadi. Terima kasih.

Wednesday, February 24, 2010

Jamuan Sempena Pembukaan Rasmi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan dan peminat MariBaca, semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.

Kakchik dengan sukacitanya ingin menjemput anda yang berada di Kota Bharu untuk menghadiri jamuan di MariBaca iaitu esok, Khamis, 25 Feb 2010 pada jam 3.30 petang sempena pembukaan rasmi kedai kami di tempat baru.

Kami hanya membuat majlis kecil-kecilan saja bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan pelanggan kami dan juga peniaga-peniaga yang berjiran.

Silakan ya.

Tuesday, February 16, 2010

Stok Baru Masuk

Koleksi 26 Nasyid Kanak-Kanak
RM13.90 (sold out)

Sing Along With Animal Alphabet
RM14.90

VCD Tilmiz Doa
RM19.90

Wednesday, February 10, 2010

Baru Tiba! Story Time Library Phonics

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera.

Berita baik! Berita baik! Buku baru tiba lagi! Hanya RM6.50 senaskah.

Sangat sesuai untuk anak-anak yang sedang belajar membaca kerana penggunaan suku-kata mengikut warna. Kulit agak keras, penuh gambar warna-warni. Ayat-ayat, pendek, menghiburkan.

Dapatkan segera sementara stok masih ada!

 
  
  
  
 
 
  
  
  
  
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails