Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Thursday, February 25, 2010

Alhamdulillah... selesai akhirnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Sekadar makluman kepada semua, alhamdulillah petang tadi kedai buku MariBaca telah selesai mengadakan jamuan khas untuk merasmikan pembukaan kedai di tempat baru.

Walaupun acara diadakan secara santai sahaja, tapi kakchik bersyukur kerana ianya hampir menepati sasaran majlis. Alhamdulillah.

Di sini kakchik sebagai pemilik MariBaca Bookstore, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir menjamu selera di MariBaca petang tadi.

Untuk tatapan bersama, inilah sebahagian gambar yang sempat kakchik rakamkan di awal majlis. 

 
Antara teman blogger yang juga pelanggan setia MariBaca. 

Terima kasih kepada Kak Misra yang paling awal sampai, Ayu bersama 2 puterinya yang comel, Kak Lind peminat setia dan Ni'mah yang tabah kerana sudi hadir memberikan sokongan.

Hidangan untuk tetamu: 3 jenis kek keju, makaroni sup, bihun goreng udang, 3 jenis pizza, teh o, oren twister, snek dan gula-gula

Terima kasih juga kepada jiran-jiran dari kedai-kedai bersebelahan, kakitangan SSM dari tingkat 2 dan tingkat 3 terutama Tuan Pengarahnya, En. Hairul Anuar, pekerja kedai-kedai di tingkat 1 dan 2 Kota Sri Mutiara dan pihak Eastern Biscuit Sdn Bhd (pemilik bangunan) yang sudi menyediakan kerusi untuk jamuan petang tadi. Terima kasih.

4 comments:

  1. Salam.
    Asif kak Chik sbb tak dpt datang ke majlis ni.
    Kak Chik siapa tu pakai niqab dan hijab hitam?

    ReplyDelete
  2. Wkslm gurl. Tak apa gurl. Kachik tau gurl jauh nak dtg. Kena naik plane pulak tu :)

    Yg pakai niqab tu kawan baik kakchik yang juga seorang muslimah yang suka tolong orang. Pemurah orangnya.

    ReplyDelete
  3. Niqab tu yg mcm mana? Yang kaler pink tu org pakai niqab ke? Tak tahu pulak. Cantikla klw ada kaler lain2 ni. Suka.btw tahniah kak chik atas perasmian kedai buku tu. InsyaAllah klw saya balik kampung nnti saya singgah kedai kak chik. Ayah saya org kota bharu..tp kami sgt jarang balik sana.

    ReplyDelete
  4. emy, niqab tu purdahlah. sama je. yg kaler pink tu cuma pashmina kakchik dan kakchik guna purdah hitam. niqab/purdah ni boleh je apa2 kaler asalkan menutup muka. cumanya yg biasa kita lihat org pakai warna hitam, sepasang dengan selendangnya.
    kalau balik, mesti singgah ya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails