Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Monday, June 28, 2010

Tak Terliurkah Bila Lihat Buku-Buku Ini?

Ini adalah hasil belian kakchik dari kedai sendiri.
Nak buat macamana kan?
Kalau mahu membacanya mestilah kena beli juga.
Bukannya senang-senang mengambilnya dari kedai sendiri.
Terlalu banyak buku yang menarik hinggakan kakchik rasa mahu mempunyai satu naskah bagi setiap tajuk. Kalaulah duit ada berguni-guni.

Jom kita membaca di mana-mana saja.

Makluman: Perubahan Waktu Operasi

STICKY POST. SILA SKROL KE BAWAH UNTUK POST TERKINI.

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua pencinta buku dan ahli Kelab MariBaca.

Sedikit makluman mengenai waktu operasi MariBaca Bookstore.

Bermula hari Sabtu 29hb Mei ini (Hari Wesak), kami akan beroperasi selama 6 hari seminggu dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Hari cuti bagi kami ditukar dari hari Ahad kepada hari Jumaat.

Insyaallah dengan perubahan ini, kami mengharapkan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami.

Kepada AHLI MARIBACA, bulan JUN ini kami akan mempromosi NOVEL-NOVEL DEWASA dan NOVEL REMAJA dengan DISKAUN 18%.

Jemput ke MariBaca untuk membuat pilihan terbaik. Jangan lupa bawa KAD AHLI anda!

Wassalamualaikum.

Tuesday, June 08, 2010

Saturday, June 05, 2010

Pelajar Malaysia kurang membaca buku

Pelajar Malaysia kurang membaca buku



KUALA LUMPUR - Tabiat membaca buku di kalangan pelajar Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding pelajar di negara-negara maju, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Katanya, walaupun laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kadar celik huruf rakyat Malaysia adalah 93.2 peratus dan antara tertinggi di Asia Tenggara, kebanyakan rakyat lebih gemar membaca bahan-bahan ringan seperti surat khabar dan majalah.

"Pada pendapat saya, berdasarkan tabiat membaca di kalangan pelajar pada ketika ini, Malaysia akan mengambil masa yang panjang untuk bersaing menjadi masyarakat berjaya seperti Jepun," katanya selepas merasmikan kempen Read Malaysia '10 di sini semalam

Dipetik dari Kosmo! Online 5 Jun 2010


Komen MariBaca: Nampaknya kami kena kerja lebih kuat lagi untuk mengajak rakyat negara ini mencintai ilmu dan buku agar mereka minat membaca sepanjang hayat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails