Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Saturday, June 05, 2010

Pelajar Malaysia kurang membaca buku

Pelajar Malaysia kurang membaca buku



KUALA LUMPUR - Tabiat membaca buku di kalangan pelajar Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding pelajar di negara-negara maju, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Katanya, walaupun laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kadar celik huruf rakyat Malaysia adalah 93.2 peratus dan antara tertinggi di Asia Tenggara, kebanyakan rakyat lebih gemar membaca bahan-bahan ringan seperti surat khabar dan majalah.

"Pada pendapat saya, berdasarkan tabiat membaca di kalangan pelajar pada ketika ini, Malaysia akan mengambil masa yang panjang untuk bersaing menjadi masyarakat berjaya seperti Jepun," katanya selepas merasmikan kempen Read Malaysia '10 di sini semalam

Dipetik dari Kosmo! Online 5 Jun 2010


Komen MariBaca: Nampaknya kami kena kerja lebih kuat lagi untuk mengajak rakyat negara ini mencintai ilmu dan buku agar mereka minat membaca sepanjang hayat.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails