Membuat Pembelian

Emailkan maklumat berikut untuk tempahan anda.

1. Tajuk buku
2. Bilangan naskah
3. Nama penuh anda

Alamat email kami: hanniaziz@yahoo.com atau hanniaziz@gmail.com

Kami akan hubungi anda dengan kadar secepat mungkin dengan maklumat berkaitan harga, kos penghantaran dan cara membayar.

Terima kasih.

Monday, December 05, 2011

PRE ORDER: Bediuzzaman Said Nursi: Author of the Risale-i Nur


Bediuzzaman Said Nursi: Author of the Risale-i Nur
Sukran Vahide
 Price: RM60.00
Paperback (IBT) 529 pages 
ISBN 9789675062865


"This first full-length English biography of the great Turkish Muslim thinker and reformer Bediuzzaman Said Nursi is based on his own works and on accounts of those who have known or met him. It describes his life, works, and struggle, and places Bediuzzaman's ideas and activities in a historical context. It describes his scholarly endeavours in the cause of the Ottoman Empire, particularly in the areas of education, constitutionalism and Islamic unity. It also traces Bediuzzaman's silent struggle through his commentary of the Qur'an collectively known as Risale-i Nur and his opposition of the irreligion of the Turkish republic's early years."

ORDER NOW until 23 Dec. 2011 and get 10% Discount!

Friday, November 18, 2011

On Reading, Books and Libraries

Libraries and books are undergoing rapid changes. The former are being downsized, some are even being closed; while the latter are predicted to go extinct in the future.

In such a light I thought it might be good to remind ourselves of the power of books, reading and libraries through these inspirational quotations:



On Reading:
“Read in the name of our Lord who created, who taught to write with the pen, who taught man what he knew not” — The Quran (Chapter 96)

“Children are made readers on the laps of their parents.” — Emilie Buchwald

“The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you’ll go.” — Dr. Seuss, “I Can Read With My Eyes Shut!” (1978)

“You may have tangible wealth untold. Caskets of jewels and coffers of gold. Richer than I you can never be – I had a mother who read to me.” — Strickland Gillilan

“Today a reader, tomorrow a leader.” — Margaret Fuller

On Books:
“Just the sight of the book takes away the sadness of the heart.” — Moroccan proverb

“The best conversation companion in our time are books.” — Abu al-Tayib Mutannabi

“A room without books is like a body without a soul.”— G. K. Chesterton

“So please, oh PLEASE, we beg, we pray, Go throw your TV set away, And in its place you can install, A lovely bookshelf on the wall.” — Roald Dahl, “Charlie and the Chocolate Factory”

“There is no substitute for books in the life of a child.”— May Ellen Chase

“Never judge a book by its movie.” — J. W. Eagan

“A book is the only orchard I have ever seen which can be put in one’s sleeve and the only park which accompanies a man as he goes. The book is the tongue of the dead and the voice of the living. He is an evening visitor who never sleeps until you sleep and never utters a word except what pleases you, never reveals a secret or abuses a deposit. He is the most faithful neighbour, just friend, obedient companion, submissive professor, expert and useful comrade with no desire to argue to or weary of his owner.” — Ibn al-Arabi, Muslim philosopher

“The book is the tongue of the dead and the voice of the living.” — Arabic saying

“Buy books, and write down knowledge, for weather is transitory, but knowledge is lasting.” — Arabic saying.

A reminder of what libraries (local public and school) represent:
“Libraries are time portals. They can take us back into the past and into the future. They can take us to different worlds, worlds we wouldn’t know, people we wouldn’t understand.” — M.T. Anderson

“We’ve got lots of books to open lots of windows that will let you use your imaginations in lots of ways.” — James H. Billington (Librarian of Congress) at the opening of the Young Readers Center, 2009

“The best of my education has come from the public library… my tuition fee is a bus fare and once in a while, five cents a day for an overdue book. You don’t need to know very much to start with, if you know the way to the public library.” — Lesley Conger

“As a child, my number one best friend was the librarian in my grade school. I actually believed all those books belonged to her.” — Erma Bombeck

“The richest person in the world – in fact all the riches in the world – couldn’t provide you with anything like the endless, incredible loot available at your local library.” — Malcolm Forbes

I hope these quotations made you reflect about all that we have been given when it comes to our access to reading material and to value those who teach/support us in reading. And may we think about those who do not have the opportunities and privileges we have.

But more than this I hope you smiled a little, maybe laughed a little too, as reading these quotations made me do

Wednesday, November 16, 2011

Tips Untuk Anak Suka Membaca



[Prof. Dr. Bustam Kamri] "Kanak-kanak suka orang dewasa membacakan buku dan mendengarnya. Bagaimanakah cara yang berkesan aktiviti membaca itu? Kanak-kanak di taska penumpuannya adalah singkat. Pilih buku yang kurang teks dan banyak ilustrasi. Penglibatan kanak-kanak semasa membacakan buku adalah digalakkan."

Sunday, October 16, 2011

Friday, August 12, 2011

Monday, August 08, 2011

Diskaun 50% : Cloth Puppet Book - Duckling (SOLD OUT)



Harga Jual : RM45.90

Harga Diskaun : RM22.95

Stok terakhir.

Diperbuat daripada fabrik lembut dan agak tebal. Diimport dari luar negara. 

Sesuai untuk bercerita dengan anak-anak kecil berusia 3 tahun ke bawah.

Diskaun 50% : My Tell Me About Series Box Set

Harga Jual : RM220.00

Harga Diskaun : RM110.00

Ada 2 set stok terakhir.

Mengandungi 6 buah buku bersaiz A4, berkulit keras tentang nabi-nabi, Islam dan alam.

Sesuai untuk bacaan seisi keluarga.

Diskaun 50% : Stories from the Quran Box Set


Harga Jual : RM299.00

Harga Diskaun : RM149.50

Cuma ada satu set.

Saiz buku lebih kurang sebesar dua tapak tangan dibuka dan dirapatkan.

Sesuai untuk anak-anak pra-sekolah dan sekolah rendah.

Tuesday, July 05, 2011

Wednesday, May 11, 2011

Tuesday, March 01, 2011

Pengisian: Memilih Buku Sebagai Hadiah Sempurna

mStar Online : RENCANA
Monday February 28, 2011
Memilih Buku Sebagai Hadiah Sempurna

KUALA LUMPUR: Seseorang yang penting dalam hidup bakal menyambut ulang tahun kelahiran, tetapi anda masih teragak-agak untuk mendapatkan hadiah hari jadi paling sesuai untuknya.

Jadi bagaimana anda membuat keputusan?

Biasanya kita mahu memberi hadiah istimewa yang akan benar-benar dihargai penerima. Penunjuk yang baik ialah hobi atau minat penerima.

Sukar untuk mencarinya dalam bentuk barang, jalan terbaik ialah buku mengenai subjek hobi seseorang itu.

Buku-buku hobi berilustrasi seperti memasak, memancing, pelbagai jenis sukan, pelancongan, haiwan peliharaan, jahitan dan kraftangan mudah dicari dan dijadikan koleksi bahkan boleh diturunkan ke generasi akan datang sebagai harta ilmu.

Katakanlah penerima gemar menanam bunga, nashkah tentang penjagaan orkid mungkin merupakan hadiah yang dicari-cari.

Jika anda tidak pasti akan cita rasa bahan bacaan penerima, tajuk-tajuk buku popular di seluruh dunia boleh dijadikan pilihan.

Misalnya ‘Rich Dad Poor Dad’ mengenai pengurusan wang yang bijak, atau ‘Who Moved My Cheese’ yang membantu pembaca berdepan dengan perubahan drastik atau buku misteri konspirasi ‘The Da Vinci Code’ yang mampu membuatkan pembaca mempertikai sejarah meskipun ia hanya novel fiksyen.

HADIAH YANG PRAKTIKAL Buku juga hadiah paling sempurna dan relevan untuk sebarang situasi. Misalnya untuk seseorang yang terbatas pergerakannya seperti hanya di atas katil atau berkerusi roda di ruang litup kawasan yang terhad, buku menemani di kala kesepian, membuka minda di kala tiada teman berbicara dan boleh membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur.

Komik atau buku cerita berilustrasi boleh menjadi rahmat buat ibu bapa kepada kanak-kanak yang sakit, misalnya, dan terpaksa melalui pengalaman rawatan hospital yang kurang menyenangkan.

Ia bukan sahaja menghiburkan jika dibaca bersama-sama malah boleh mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan anak.

Lebih baik lagi imaginasi yang dijana semasa membaca boleh mengalih perhatian kanak-kanak daripada kesakitan yang ditanggung sekaligus menjadikannya kurang meragam.

Berbanding dengan barang mainan yang akan dibuang selepas rosak, buku juga boleh disimpan hingga menginjak usia dewasa sekaligus menjadi memento kenangan abadi apabila pemberi meninggal dunia.

MENGHADIAHKAN SEBUAH BUKU Kelebihan lain buku sebagai hadiah yang mungkin agak kurang menyenangkan seseorang ialah menghadiahkannya semula.

Katakanlah anda menerima sebuah buku yang terlalu teknikal atau sangat membosankan, ia boleh dihadiahkan semula ke mana-mana perpustakaan yang sesuai dengan genrenya.

Di situ, ia boleh dipinjam berkali-kali dan ilmunya dapat digunakan oleh orang lain menjadikan anda secara tidak langsung, berjasa kepada masyarakat setempat.

MEMBACA LAPAN BUKU SETAHUN Berbicara tentang buku dan perpustakaan, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Ruslin Abu Bakar ditanya BERNAMA mengenai penerimaan masyarakat Malaysia terhadap buku.

Kajian terkini menunjukkan rakyat Malaysia yang berusia di antara 10 hingga 40 tahun membaca sebanyak lapan hingga 12 buah buku setahun.

Dalam kajian yang sama iaitu kajian olahan semula profil membaca Malaysia 2010, turut mendapati mereka yang lebih berusia membaca secara purata enam buah buku, katanya.

Secara amnya, angka ini menunjukkan peningkatan yang baik berbanding putara hanya dua buah buku seorang yang dicatatkan dalam kajian 2005.

RUTIN SATU JAM SETIAP HARI

Ruslin berpendapat jumlah buku yang patut dibaca oleh seseorang itu sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri.

Namun beliau menyarankan agar setiap orang meluangkan sekurang-kurangnya satu jam setiap hari untuk membaca.

"Sekiranya anda membaca satu jam sehari, secara purata, anda boleh menghabiskan satu buku setiap minggu.

"Jika amalan ini berterusan, anda akan dapat menghabiskan empat buku sebulan atau 48 buah buku dalam masa setahun, satu jumlah yang agak mengkagumkan," katanya.

Tidak dinafikan angka itu mencerminkan tabiat membaca yang cemerlang sekaligus membentuk minda masyarakat yang bijak dan terbuka.

"Bentuk bahan bacaan terpulang kepada diri kita sendiri tetapi sebaiknya pilih atau baca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri.

"Lagipun, nilai diri seseorang itu lebih dicerminkan melalui kualiti bahan bacaan bukan hanya menerusi jumlah buku yang dibaca," katanya.

STATUS NEGARA MAJU Ruslin turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk berusaha menghasilkan karya sendiri bagi meningkatkan jumlah buku terbitan negara.

”Pada masa ini, industri penerbitan negara hanya mampu menerbitkan sekitar 15,000 judul bahan bacaan setahun yang dikira masih jauh di bawah paras standard negara maju,” tegasnya.

Unesco menetapkan bahawa penerbitan buku sesebuah negara yang paling wajar adalah satu peratus daripada jumlah populasi penduduk. Syarat ini antara elemen yang dinilai untuk penstatusan negara maju.

”Ini bermakna, memandangkan jumlah populasi terkini negara ialah 28 juta orang, negara perlu aktif menghasilkan 28,000 judul dalam setahun,” jelasnya yang turut berharap agar angka itu dapat dicapai sebelum tahun 2020.

DORONGAN KEPADA BAKAL PENULIS

Bagi mencapai tujuan itu, PNM merancang untuk mengadakan Festival Penulis 1Malaysia tidak lama lagi yang bertujuan mengasah potensi penulisan buku rakyat Malaysia.

Ruslin berkata selain program seperti bengkel e-book, festival itu nanti akan turut memberi tumpuan khas kepada golongan remaja yang berhasrat menjadi penulis.

Selain itu, kata Ruslin, sebagai usaha merancakkan lagi industri penerbitan buku, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang berusaha mendapatkan dana bagi membolehkan bahan penulisan dibeli secara terus daripada penulis, sekaligus memudahkan penulis menerbitkan karya mereka. Sumber daripada Majlis Industri Buku Malaysia menunjukkan nilai penjualan buku di Malaysia pada tahun 2009 ialah RM2.1 bilion yang boleh dianggap satu pencapaian yang memberansangkan.

Kita juga boleh menyumbang kepada penerbitan buku dan penjualan yang lebih tinggi dengan membeli dan menghadiahkan buku kepada seseorang.

Jadi cuba-cubalah fikirkan hari lahir siapa paling hampir selepas ini? - BERNAMA


© 1995-2011 Star Publications (Malaysia) Bhd (Co No 10894-D)

Sunday, February 20, 2011

Novel Baru Karnadya

SM = RM18.90 SS = RM21.90

SM = RM18.90 SS = RM21.90

SM = RM17.00 SS = RM20.00

SM = RM23.90 SS = RM26.90

SM = RM18.90 SS = RM21.90

SM = RM23.90 SS = RM26.90

SM = RM23.90 SS = RM26.90

SM = RM18.90 SS = RM21.90
Nota:
SM = Semenanjung Malaysia. SS = Sabah/Sarawak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails