ANAK SUKA MEMBACA: MULAKAN DARI SEKARANG!
“Buku adalah jendela
pengetahuan. Namun, sayangnya tidak semua anak gemar membaca. Bagaimana caranya
membuat anak kita gemar membaca?”

|
B |
uku adalah jendela pengetahuan. Dengan membaca buku, kita dapat menanam banyak
maklumat, dapat melancong ke berbagai negara, bahkan ke dunia dongeng
sekalipun. Pendeknya, dengan membaca, wawasan pengetahuan kita akan semakin
luas. Namun, sayangnya tidak semua anak gemar membaca. Jadi, bagaimanakah
caranya membuat anak kita menjadi seorang kanak-kanak yang gemar membaca?
Bacalah sesuatu kepada bayi di dalam kandungan.
Mengikut kajian dan pemerhatian para doktor dan ahli sains, bayi di
dalam kandungan boleh mendengar apa yang diperkatakan oleh ibunya. Jika kita
inginkan anak yang Sihat, cerdas dan pintar, mulakan membaca untuk mereka dari
sekarang. Ambillah sedikit dari masa 24 jam anda dengan membaca buku-buku yang
baik untuk didengarkan kepada janin atau bayi anda. Insya-Allah tabiat sebegini
akan lebih mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin antara ibu – anak dan bakal
melahirkan anak-anak yang mencintai ilmu.
Kenalkan buku sejak dilahirkan.
Buku cerita yang
sesuai untuk anak kecil adalah yang memiliki banyak gambar dengan tulisan yang
sedikit. Gambar yang berwarna-warni akan lebih menarik daripada gambar yang
hitam – putih. Apabila anak semakin besar dan pandai mengenali buku, biarkan
mereka memilih buku yang ingin dibaca, sehingga dia lebih seronok dalam
membaca.
Bacalah buku cerita dengan menarik.
Dalam membaca cerita, usahakan agar sebaik mungkin anak dapat merasakan
seolah-olah berada di dalam cerita tersebut. Bacalah dengan nada suara yang
pelbagai disertai gerakan-gerakan badan yang berekspresi untuk membangun
suasana yang hidup. Bahkan bayi pun dapat menikmati buku yang dibacakan, iaitu
dari irama suara ibunya dan kehangatan tubuh pembaca yang memangkunya.
Ibu bapa sebagai model.
Orang dewasa terutamanya ibu bapa harus menjadi contoh yang baik. Bila
orang dewasa gemar membaca, menyediakan pelbagai bahan bacaan yang bersesuaian
dan mengatur suasana rumah yang menyokong untuk membaca, maka nescaya anak kita
akan ikut gemar membaca.
MEMBACALAH,
DAN MEMBACALAH UNTUK ANAK ANDA. MEMBACA AKAN MENJAMIN ANAK-ANAK YANG LEBIH
BERJAYA DI MASA HADAPAN.
(Sumber: MariBaca – Read Aloud Team)